Seorang guru lelaki berbangsa India buntu apabila anak muridnya bertanyakan soalan jawi kepadanya.
Bagaimanapun, reaksi guru tersebut yang ibarat ‘takut-takut’ berjaya mencuit hati netizen dan mengundang tawa orang ramai.
Cuba korang tengok betapa ‘blur’nya guru berkenaan dalam video yang dimuat naik oleh @mrreyy ini.
Dalam ruangan komen, guru tersebut ternyata tidak berseorangan. Malah, seorang lagi wanita dengan nama qiqi turut berkongsi pengalaman yang seakan-akan serupa dengan guru lelaki berkenaan.
“Saya pun pernah kena lebih kurang macam ini. Dia boleh tanya “teacher can you translate this to english?” Lepas itu dia tunjukkan kertas dalam Bahasa Tamil,” kata qiqi.
Dalam pada itu, ada juga beberapa orang guru yang mengatakan itu soalan-soalan ‘lucu’ sebegitu merupakan sebahagian daripada kerjaya sebagai seorang guru. Hendak tak hendak, terpaksalah layan.
“Soalan jawi tapi ditanya mcm soalan matematik. Inilah nasib cikgu bila kena ganti kelas,” kata Alpha Zaki.
“Nampak tak jiwa budak-budak ini bersih suci, dia fikir semua cikgu sama,” kata fans.munn.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 39,600 likes dan 818 komen
Kau memang keras dik, dengan cikgu pun jadi keras nak jawab takut salah.
Baca : Video Ramli MS bersembang dengan anak jadi perhatian