Berlaku adil dan berbesar jiwa, pendekatan politik PMX terbukti dilaksana

Berlaku adil dan berbesar jiwa, pendekatan politik PMX terbukti dilaksana. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan beliau sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk negeri yang diketuai kerajaan pembangkang.

Beliau berkata langkah itu diterjemah menerusi lawatannya ke Kelantan, negeri pertama dikunjunginya sejak berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

“Saya sudah beritahu sebelum ini, tugas saya sebagai Perdana Menteri adalah berusaha mentadbir dan mengurus negara dengan sebaik mungkin.

Soal pilihan raya rakyat yang memilih. Tanggungjawab saya selepas diberi amanah adalah mengurus dengan baik tanpa mengira negeri dan tumpuan saya soal banjir adalah di Kelantan memandangkan negeri ini banjir.

Kalau bercakap soal pelabuhan mungkin sesuai di Johor, kita ikut keutamaan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau sedia menerima kunjungan daripada Ahmad bagi membincangkan isu pembangunan negeri ini.

“Saya beri jaminan bukan sahaja hari ini, tetapi pada masa depan sekiranya ada keperluan saya sedia menerima beliau sama ada di pejabat untuk berbincang hala tuju untuk kepentingan rakyat dan pembangunan,” katanya.

BACA JUGA:

Kemalangan di Kilometer 25.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), meninggal dunia selepas 3 hari di hospital

Amaran hujan berterusan dan banjir hampir di setiap negeri, baca untuk maklumat lanjut

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bakal mengumumkan kadar dividen bagi Amanah Saham Bumiputera sekitar jam 11 pagi ini

COMMENTS

Wordpress (0)