Bersatu Selangor hampir lumpuh, banyak bahagian sudah bubar

SELEPAS Kuala Selangor dan Klang, dua lagi bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor akan dibubarkan esok.

Bersatu Bahagian Kota Raja dan Bangi dijangka membuat pengumuman sama petang esok dan menyokong perjuangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram, Mohd Shaid Rosli bersama jawatankuasa Bersatu bahagian Kuala Selangor bertindak keluar parti hari ini.

Tindakan sama diambil Ketua Bersatu Bahagian Klang Datuk Syed Abdillah Syed Abd Aziz yang membubarkan Bersatu Klang petang ini kerana hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan.

Untuk rekod, Bersatu Kuala Selangor mempunyai lebih 2,000 ahli manakala Bersatu Klang dianggotai hampir 3,000 ahli.

Semalam Adun Kuang, Salehuddin Amiruddin dan Adun Batang Kali Harumaini Omar turut menyertai pengumuman penubuhan parti baharu oleh Dr Mahathir di ibu negara.

Mereka berdua juga dijangka akan keluar parti dan meneruskan perjuangan bersama Ahli Parlimen Langkawi itu dalam masa terdekat.

Berita penuh:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/608301/bersatu-kota-raja-dan-bangi-pula-bubar