Best sangat ke drama Aku Bukan Ustazah ni sampai jiran India aku pun layan

Drama berjudul Aku Bukan Ustazah yang kini sedang ditayangkan di TV3 sedang hangat dipeerkatakan. Lebih-lebih lagi ada yang buat trend para suami yang suka sangat menonton slot drama ini.

Keluarga India layan

Lebih mengejutkan apabila ada kaum india turut sama menonton drama TV3 ini yang selama ini pastinya hanya menarik penonton melayu sahaja.

Best sangat ke drama Aku Bukan Ustazah ni sampai jiran India aku pun layan

Hal ini terbukti menerusi satu video yang tular di TikTok memperlihatkan sebuah keluarga kaum India sedang menonton drama berkenaan di kaca televisyen.

Menerusi perkongsian di akaun milik @AnakPerempuanMuniandy, keluarga tersebut yang dipercayai terdiri daripada bapa, ibu dan anak sedang khusyuk melayan drama yang diadaptasi dari novel itu.

Tidak kira apa bangsa ya, melayan juga drama Aku Bukan Ustazah ini. Gigih nak subsribe Tonton supaya boleh tengok awal.

Sementara itu, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan komen meluahkan rasa terkejut apabila drama Aku Bukan Ustazah turut diminati kaum India.

Malah, netizen berkata wajar drama itu mendapat perhatian pelbagai kaum dan peringkat umur kerana jalan ceritanya yang menarik dan tidak bosan.

Aku Bukan Ustazah dibintangi Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Shaza Bae dan ramai lagi.

 

Baca juga: “Keluarga suami aku ni kadang main serbu je masuk rumah, ada sekali tu aku tengah buka bra..”