Betul-betul ‘anak jantan’, lelaki serang 11 harimau

Betul-betul ‘anak jantan’, lelaki serang 11 harimau

Seorang lelaki yang melawat sebuah zoo di China telah menunjukkan keberaniannya apabila dia keluar dari kereta dan menyerang 11 ekor harimau yang mempunyai jarak tidak terlalu jauh daripadanya.

Menerusi laman Kosmo, seorang pengunjung Taman Hidupan Liar Beijing telah melompat keluar dari kereta yang dipandunya untuk melihat kawanan harimau putih dengan lebih dekat.

Tidak hirau akan petugas zoo

seorang lelaki serang harimau

Petugas di zoo tersebut telah melarang dan meminta lelaki tersebut kembali ke kereta, namun dia menghiraukan permintaan tersebut. Lelaki itu kelihatan tidak takut akan kemungkinan buruk yang boleh berlaku kepadanya.

Beberapa orang di zoo itu merayu kepada lelaki tersebut yang sedang mombongkok dan mencangkung dihadapan 11 ekor harimau supaya pergi dari kawasan itu.

Pengawal di zoo berusaha untuk mengalihkan perhatian kawanan harimau dengan memberi makanan supaya tidak membahayakan lelaki yang berada dekat dengan haiwan tersebut.

Menurut Kosmo, lelaki tersebut bernama Jiang, berumur 56 tahun telah ditahan oleh polis. Polis bakal menyiasat insiden tersebut dengan lebih lanjut.

Tiada sebarang kecederaan berlaku kepada lelaki itu. Nasib baik harimau tersebut tidak membuat serangan terhadap lelaki itu. Sia-sia je hidup dia kalau dibaham harimau kan?

BACA JUGA :
Kisah keluarga Diraja Arab Saudi, apa yang akan berlaku selepas ini?
Ini syarat tidak mahu divaksin tapi nak mohon sijil – KJ
[VIDEO] Detik cemas burung tersangkut di kabel elektrik