Saya selalu dengar rakan-rakan cakap nak buka NGO. Katanya, buka NGO pun boleh senang lenang. Sebabnya, apa saja nilai kutipan, kita boleh ambil 30 peratus.
Saya fikir, punyalah banyak untung. Kalau kutip RM100 juta, maknanya tukang kutip boleh bedal RM30 juta. Biar betul?
Untung berniaga pun tak banyak macam itu. Kena cukai pula tu. Patutlah ramai nak tubuhkan NGO.\
Saya pun study lah. Law mana kata boleh kutip 30 peratus ni. Cari punya cari, saya tak jumpa.
Yang ada hanya Kod Tadbir Urus Baik oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Namun demikian, apa yang saya jumpa, jauh berbeza daripada apa yang kita faham.
Dalam Kod Etika itu sebut, pertubuhan hanya boleh ambil yuran pentadbiran maksimum 30 peratus daripada… Belanjawan Tahunan atau Overhead Cost bukan nilai kutipan keseluruhan.
Makanya, 30 peratus NGO boleh ambil daripada kos bukannya kutipan. Ya rabbi, Ya salam.
Maknanya, adakah selama ini kita jadi Tipah Tertipu? Dirembat wang derma 30 peratus, walhal tak ikut buku?
Patut ada undang-undang lebih ketat mengenai NGO.
Bukan jadi lubuk penunggang agama atau pihak durjana.
Guna Palestin atau budak Tahfiz untuk kutip derma. Walhal, niat mereka nak kaya raya.
BACA JUGA: Arkeologi jumpa gincu tertua di dunia