Lucinta Luna, personaliti media sosial, telah membuat pengakuan berani dengan mendakwa bahawa beliau pernah terlibat dalam hubungan seks dengan 28 orang pelakon terkenal di Indonesia.
Lucinta mengungkapkan bahawa beberapa daripada mereka telah berhubungan dengannya sebelum beliau menjalani transformasi penuh untuk menjadi seorang wanita.
“Saya sudah ‘merasa’ dengan 28 pelakon, ada yang sebelum dan ada yang selepas saya menjalani pembedahan (menukar jantina),” katanya dengan jujur.
Lucinta berkongsi pengalaman hidupnya semasa menjadi seorang wanita dalam temu bual di saluran YouTube Samuel Christ baru-baru ini.
Dalam temu bual itu, Lucinta mendedahkan bahawa dia sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk menjalani pembedahan menukar jantina demi memiliki alat kelamin wanita terbaik dan paling mahal di Thailand.
Lucinta turut mengungkapkan bahawa beberapa lelaki yang pernah berhubungan dengannya terkagum dengan hasil pembedahan tersebut, bahkan ada yang menganggapnya sebagai kemaluan yang asli.
“Siapa yang pernah tidur dengan saya pasti kagum dengan alat kelamin saya. Bentuknya sama malah lebih putih dan bersih daripada yang lain,” katanya.
Walaupun begitu, Lucinta kini berhasrat untuk kembali kepada fitrah asalnya dan ingin mendapatkan semula zakarnya yang telah dibuang. Walau bagaimanapun, dia menyedari bahawa perkara tersebut tidak semudah yang disangka dan berharap untuk merealisasikannya suatu hari nanti.
Baca Juga : Pesakit Sungai Kim Kim kemurungan bila tahu penyakit tak ada ubat