Biar betul ‘influencer’ ni masak nasi lemak gaul rata, netizen pertikai

Sebuah video yang viral di aplikasi TikTok menunjukkan seorang wanita sedang menyediakan hidangan yang disebut sebagai resepi nasi lemak.

Dalam kapsyen hantaran tersebut, wanita itu menulis, “Malaysian nasi lemak.”

Hantaran ini menarik perhatian netizen di Malaysia, dan kebanyakan dari mereka mengkritik resepi yang digunakan oleh pencipta kandungan masakan tersebut kerana jelas tidak sepadan dengan resepi nasi lemak yang sebenarnya di Malaysia.

Biar betul 'influencer' ni masak nasi lemak gaul rata, netizen pertikai

Beberapa komen yang diterima termasuk:

“Ada bayam dalam nasi lemak dia tu.”

“Itu nasi lemak ke nasi goreng?”

“Salah tu, nasi goreng kampung kak, nasi lemak lain.”

“You forgot the sambal sis, kalau ada sambal baru namanya Nasi Lemak,” tulis salah seorang individu di hantaran tersebut.

Namun, hingga kini, tiada penjelasan yang diberikan oleh pencipta video mengenai resepi tersebut selepas video itu dimuat naik.

Pada masa penulisan artikel ini, video tersebut telah mendapat 65,000 sukaan dan 1 juta tontonan.

Baca juga : Tun M tetap pertahan kenyataannya terhadap kaum India negara ini