Siapa sangka, kehadiran seorang gadis yang berperwatakan seperti lelaki berjaya menggoncang naluri mak nyah untuk kembali kepada fitrah.
Jatuh cinta pandang pertama, pasangan itu sudah mula merancang untuk mendirikan rumah tangga selepas hanya lima hari berkenalan.
Mengambil masa selama sebulan setengah untuk melakukan persiapan, pasangan mak nyah dan pengkid itu akhirnya selamat diijabkabulkan pada 15 Julai lalu.
Sah menjadi suami isteri dengan lima kali lafaz, bekas mak nyah yang dikenali sebagai Danny itu mengakui gementar saat melafazkan akad.
Danny dan pasangannya, Yan bagaimanapun lega apabila majlis itu dapat berjalan dengan lancar setelah saat yang mendebarkan itu berlalu.
Baca : ‘Selfie’ Gambar Berbikini-Netizen ‘Sekolahkan’ Nur Sajat
Pernah cenderung untuk meminati kaum sejenis, Danny berharap perkahwinan tersebut dapat merubah dia dan isteri untuk menjadi insan yang lebih baik.
“Kami menginginkan satu kehidupan normal. Saya kini menjadi seseorang yang lebih ‘lelaki’. Yan (isteri) pun sama, banyak berubah menjadi lebih wanita.
“Sejujurnya memang rasa malu untuk tidur bersama sebab ini pertama kali tidur dengan wanita yang saya cintai. Tetapi saya rasa selesa dengan Yan.
@therealdannyqaseh Terima kasih cinta @anyooo🐢 @q @therealdannyqaseh2 #truelove #fyp #love ♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind
“Orang yang berkahwin akan fahamlah,” ujar pemilik perniagaan salun rambut itu memetik Mstar.
Majlis akad nikah pasangan itu dilangsungkan di rumah pengantin perempuan yang bertempat di Ulu Remis, Kluang, Johor.
Terdahulu, perkongsian Danny menerusi akaun TikTok mengenai kisah percintaanya bersama gadis pengkid pernah tular di media sosial.
Mencuri perhatian, ramai yang menyangka hubungan cinta antara mak nyah-pengkid itu hanyalah lakonan atau sekadar ‘content’ semata-mata.
Baca Selanjutnya :
PELIK? : Pondan Guna Tandas Awam Wanita, Tapi Wanita Diminta Betulkan Tudung Di Surau
JODOH! Pengetua Tahfiz Bertunang Anak Murid Sendiri Lepas Terpikat Dengan Kecantikannya