Seorang pengedar barang antik yang membeli sebuah topeng Afrika dengan nilai €150 (RM766) sebelum menjualnya semula pada harga €4.2 juta (RM21.4 juta).
Telah memenangi perbicaraan kes saman yang diajukan oleh pemilik asal objek tersebut yang menuduhnya menipu mereka.
Sepasang suami isteri berusia lingkungan 80-an menjual patung kayu tersebut kepada defendan pada bulan September 2021 sebagai sebahagian daripada jualan koleksi barangan antik lain.
Objek-objek yang dijual dikatakan milik seorang nenek moyang yang pernah menjadi gabenor di Afrika, dan pada mulanya dianggap tidak bernilai. Mereka menjual patung berkenaan pada harga €150.
Namun, pada bulan Mac 2022, patung tersebut dijual semula kepada seorang pembeli yang identitinya tidak diungkapkan dalam satu acara lelongan pada harga mencecah €4.2 juta.
Pasukan pelelong menyifatkan ia sebagai topeng abad ke-19 yang sangat jarang ditemui, yang dimiliki oleh kumpulan rahsia Fang di Gabon, etnik Bantu.
Dikatakan hanya sekitar 10 topeng seumpama itu masih wujud sehingga kini.
Pasangan tersebut memfailkan injunksi untuk membatalkan penjualan asal dengan alasan terdapat ‘ralat pengesahan’.
Mereka juga mendakwa bahawa defendan sengaja mengetahui nilai sebenar objek itu pada masa pembelian dan menawarkan harga yang rendah untuk menipu mereka.
Walau bagaimanapun, mahkamah menolak permintaan tersebut dengan menyatakan bahawa pasangan tersebut gagal membuat sebarang percubaan untuk mendapatkan pengesahan mengenai nilai sebenar topeng itu sebelum menjualnya.
Mahkamah turut memutuskan bahawa defendan, yang bukan seorang pakar seni Afrika, tidak menipu pasangan suami isteri tersebut.
Baca Juga : Pasangan baru kahwin nak bulan madu jadi bulan pahit lepas kena kencing