Biasiswa Petronas untuk calon SPM 2021, ini cara mohon dan semak kelayakan

Biasiswa Petronas untuk calon SPM 2021, ini cara mohon dan semak kelayakan. Permohonan Biasiswa PETRONAS 2022. Berita baik untuk semua calon lepasan SPM tahun 2021 yang mana mereka berminat dalam bidang minyak dan gas, Permohonan program Tajaan Biasiswa pendidikan PETRONAS atau PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) akan mula dibuka pada 16 Jun 2022.

Permohonan PESP ini sekali lagi terbuka untuk pelajar rakyat Malaysia yang cemerlang pengajian sarjana dalam bidang yang berkaitan.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk memohon.

Tarikh Permohonan
Permohonan ini secara atas talian (online) yang akan dibuka bermula pada :

  1. Dibuka : 16 Jun 2022 (10 pagi ).
  2. Ditutup : 22 Jun 2022 ( 5 petang ).

Biasiswa Petronas untuk calon SPM 2021, ini cara mohon dan semak kelayakan

Bidang Tajaan

Bidang yang termasuk dalam Program Tajaan Biasiswa PETRONAS ini adalah :

  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Elektrik dan elektronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejeruteraan Petroleum
  • GeoSains
  •  Kimia Gunaa
  • Biokimia
  • Sains Persekitaran
  • Sains Komputer
  • Sains Aktuari
  • Statistik
  • Akauntan
  • Ekonomi
  • Matematik
  • Undang-undang
  • Psikologi
  • Sosiologi
  • Pengurusan Perniagaan

Syarat Permohonan Biasiswa PETRONAS 2022

Bagi syarat am dan syarat khusus permohonan yang telah ditetapkan, pemohon boleh semak di pautan ini = https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS/Applicant/Applicant/Login?fbclid=IwAR04IGwxs1IYLLJAiDuuDr_O3Z2HLdLqAWiCGKNtk7K9lCrOBow4ejIdxQc dengan lebih terperinci.

Untuk makluman, tajaan ini dibuka untuk [elajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di intitusi pengajian tinggi seperti berikut :

  • Universiti teknologi PETRONAS termasuk Program Asasi 1 tahun.
  • Universiti Awam di Malaysia termasuk tempoh wajib pada
  • Program Matrikulasi / Asasi
  • Universiti Luar Negara termasuk Program Pra Universiti sehingga 24 bulan di Malaysia.

Cara Mohon Permohonan Biasiswa PETRONAS 2022

Permohonan Biasiswa PETRONAS ini akan dibuka secara atas talian di laman web PEPS iaitu =

Pemohon yang layak dan ngin memohon dikehendaki mendaftarkan diri dengan menekan butang REGISTER dan mengisi semua maklumat mengenai peribadi serta maklumat akademik berdasarkan syarat kelayakan.

Sila pastikan semua maklumat yang diberikan adalah betul dan tepat sebelum menghantar borang permohonan online.

Sekiranya anda telah menghantar permohonan dan ingin membuat perubahan kerana terdapat kesilapan, anda boleh terus hubungi hotline PETRONAS di talian 03-2331 2277 / 03-2331 299 / 03-2331 3311
waktu operasi : 9 pagi hingga 5 petang ( isnin hingga jumaat / 9 pagi hingga 2 petang (Sabtu dan Ahad). Dengan menyertakan sekali nombor IC, Username, e-mel untuk tujuan pengesahan.

Anda juga boleh memohon untuk membuat perubahan maklumat dengan melalui e-mel ke = [email protected] .

Semakan Status Permohonan Biasiswa PETRONAS 2022

Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh PETRONAS melalui e-mel, SMS dan sistem PESP di pautan = https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS

Untuk makluman, calon yang layak akan disenarai pendek dan akan ditemuduga sebelum pemilihan akhir.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Permohonan Biasiswa PETRONAS 2022, anda boleh terus e-melkan kepada [email protected]
ATAU
Hubungi nombor berikut :

03-2331 2277
03-2331 299
03-2331 3311

Soalan Lazim

Bilakah tarikh permohonan ini ?

Permohonan akan mula dibuka pada 16 Jun 2022 !10 pagi) hingga 22 Jun 2022 (5 petang).

Sekiranya ada kesilapan dalam permohonan, bolehkah pemohon membuat perubahan ?

Boleh.

BACA:

Shuk Sahar kena ‘balik’ Penang, rumah banglo sudah dibeli orang

Malaysia jangan ‘gembira’ sangat, ini senarai penuh pasukan berentap di Piala Asia 2023

Gempar! Menteri dipecat kerana gagal tangani krisis ‘minyak’