Bukan suka-suka tekan bil jadi mahal, tukang baca bil meter TNB dedah cerita sebenar
Umum mungkin sudah mengetahui bahawa di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bahawa ia menghentikan sementara pengeluaran bil bercetak bermula Mac 2020
Bukan suka-suka tekan bil jadi mahal, tukang baca bil meter TNB dedah cerita sebenar
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan keselamatan pelanggan serta pekerja TNB terjaga.
Menerusi laman portal TNB, bil baharu akan dianggarkan berdasarkan penggunaan bil bulan sebelumnya.
Seperti contoh, jika bil bulan sebelum adalah RM100, bil baharu anda akan dianggarkan pada jumlah yang sama RM100. Amaun bil tersebut kemudiannya akan diselaraskan semula setelah pekerja TNB membuat bacaan sebenar di kediaman masing-masing selepas tamat PKP nanti.
Walau bagaimanapun ketika ini, ramai pihak yang dilihat tidak berpuas hati dan berang dengan pihak TNB kerana kenaikan melampau bil elektrik rumah mereka
Buktinya di media sosial, ramai individu yang meluahkan rasa marah dan geram apabila bil mereka ‘melambung’ dengan mendadak, berbeza dengan bulan-bulan yang sebelumnya.
Ramai yang menyalahkan pihak TNB berhubung perkara tersebut kerana berpendapat bahawa bil yang diterima itu tidak masuk akal.
Turut mendapat tempias sudah tentulah pembaca meter TNB
Ini kerana ada yang menganggap kenaikan tersebut disebabkan langkah pihak pengurusan TNB tidak menghantar pekerja mereka ke rumah untuk membuat bacaan meter seperti pada bulan-bulan sebelum ini.
Melihat kepada senario semasa, seorang individu yang juga merupakan pembaca meter TNB tampil menceritakan situasi dihadapi
Perkongsian itu telah dibuat oleh seorang individu bernama Hanif Ismail, baru-baru ini.
Untuk perkongsian penuh, teruskan membaca di bawah:
Aku pembaca meter TNB
Semalam 399 rumah nak kena hadap. Hari ni 408 rumah kena hadap. Rekod tinggi pernah hadap sehari 800 ke atas. Sekali hadap sehari 200 rumah ke atas. Kalau sebulan dah berapa? 3K ke atas.
Saja lah nak share dgn geng-geng delivery makanan & Delivery barang-barang pos sehari berapa rumah. (Cuma sampai depan rumah,tunggu makan/barang diambil) Aku tak marah dekat geng ni sebab aku pun pernah lalui macam depa. Kalau tanya depa, tempoh kemuncak Covid-19 melanda, depa pun takut dan nak cuti. Tqvm geng sbb mudahkan urusan pengguna/
(Banyak kecaman yang dbandingkan geng diatas dgn geng pembaca meter elektrik n air) sebab mereka boleh berkerja.
Hanya bertindak ikut arahan
Tu belum kira lagi kedudukan meter mcm mana..bukan 100% meter semua depan mata cuma guna teropong.Pintu berkunci/Meter Sendeng/Meter terhalang dgn barang².Belum kira lagi kawasan tu mcm mana.Kandang BABI guys Kandang AYAM guys Kawasan ANJING GILA guys Kawasan SEMAK guys. Macam-macam lagilah nak kena hadap waktu kerja ni.
Aku pon kalau boleh waktu PKP aku nak kerja baca meter, Tapi sebab aku cuma staff bawahan hanya mampu bertindak mengikut arahan. Jangan terus nak salah geng Pembaca Meter Elektrik dan Pembaca Meter Air. Bukan saja-saja kami tekan bil jadi mahal, tak dak guna kami buat macam tu sebab nanti akan jejas prestasi kerja kami. Bagi yang dah faham situasi yang melanda bil elektrik dan air. tqvm,semoga anda senantiasa dpermudahkan urusan dan murah rezeki.
Bagi yang masih nak teruskan dengan kecaman silakan, terpulanglah. Otak masing-masing terletak di kepala sendiri cuma masih boleh berfikir waras atau tidak.
Baca Selanjutnya :
ZALIM!!! Budak 3 Tahun Pecah Tengkorak Dibelasah Kekasih Ibu Kerana Muntah Di Sofa