Bilangan Adun PH dan PN di Johor kini sama banyak?

Bekas menteri besar Johor Osman Sapian hadir dalam acara Pejuang malam tadi, tiga hari selepas lembaga disiplin Bersatu berkata dia masih menjadi anggota parti itu.

Abu Bakar Yahya, setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, malam tadi memuat naik gambar dan video Osman dalam majlis meraikan jentera Pejuang daripada Johor yang berkempen dalam pilihan raya kecil Slim baru-baru ini.

Gambar-gambar itu memaparkan Osman berucap, bergambar dan makan malam bersama pendukung Pejuang dan melaungkan “Hidup Pejuang!”.

“Kami bersama ramai-ramai melaungkan: Hidup Pejuang, hidup Pejuang, hidup Pejuang!

“Jangan tanya kenapa YB Osman Sapian meninggalkan Bersatu, tapi lihat apa yang beliau telah lakukan.

“Tolong kongsikan seramai mungkin biar ramai yang dapat tahu,” tulis Abu Bakar.

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/541583

COMMENTS

Wordpress (0)