Binding al quran di kilang milik bukan islam, ini nasib wanita..

Seorang pengurus syarikat percetakan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret kerana melanggar syarat lesen Lembaga Kawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran (LPPPQ) dengan membenarkan penjilidan 2,540 naskhah al-Quran di sebuah kilang milik bukan Islam tahun lalu, lapor The Sun.

Majistret Nur Natasha Mohtarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Idora Abdul Rashid, 42, dan memerintahkan dia menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Idora didakwa melanggar syarat lesen ditetapkan LPPPQ Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan membenarkan penjilidan naskhah al-Quran di kilang milik bukan Islam

Binding al quran di kilang milik bukan islam, ini nasib wanita...

 

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor pada 3 petang pada 5 Sept 2023.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 5(7) Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa KDN Mohd Amin Azhar Qairil Yusoff hadir untuk pendakwaan, manakala Idora tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, pihak berkuasa merampas 2,540 naskhah al-Quran kerana tidak mematuhi syarat lesen yang dikeluarkan oleh LPPPQ, KDN, kerana manuskrip al-Quran itu diikat oleh kilang bukan Islam.

Baca juga: Mcdonals seluruh negara ditutup