Bintang muda bola sepak negara didakwa mabuk, saksi sanggup disaman. SEORANG bintang muda bola sepak kebangsaan didakwa mabuk bersama rakan sepasukannya di sebuah kelab malam berhampiran sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Dakwaan itu dilontarkan oleh seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai tasbihwasl dan menurutnya, dia bukan hanya cakap-cakap kosong kerana terdapat bukti menunjukkan pemain itu sedang mabuk di sebuah kelab malam.
“Nak gambar DM (direct message) aku ada. Kita jangan sebut orang main cakap saja dia ada bukti, aku pun ada bukti. Nak percaya terpulang sebab aku nampak dengan mata kasar aku, tidak nak percaya terpulang sebab aku tidak rugi apa-apa,” komennya ketika membalas persoalan pengguna media sosial lain.
Dalam bebenang yang dikirim pengguna Twitter, Nocontextbolamy juga melampirkan tangkap layar komen warganet berhubung isu itu dan terdapat sekeping gambar menunjukkan sekumpulan lelaki sedang berkerumun di sebuah lokasi yang tidak dapat dikenal pasti.
Tinjauan Majoriti di Twitter berkenaan mendapati, individu terbabit mendakwa seorang bintang muda yang berpangkalan di selatan tanah air merupakan pemain yang dimaksudkan.
Individu terbabit mendakwa, pemain muda terbabit datang ke kelab bersama dua lagi rakan sepasukannya yang juga pemain naturalisasi, namun hanya pemain terbabit yang berada di bawah pengaruh alkohol, dakwanya.
Malah, individu terbabit juga mendakwa berani disaman ketika membuat pendedahan itu.
Belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pemain terbabit mahupun pihak pengurusan kelab berhubung dakwaan tersebut.
Majoriti cuba mendapatkan kenyataan lanjut daripada individu yang membuat dakwaan terbabit, namun tidak berbalas. — Majoriti
BACA:
Mampukah Malaysia laksana kerja 4 hari seminggu?
Aksi ‘komando’ adik ini turun van sekolah buat ramai pecah perut
Ini cara simpan pisang agar tahan lebih lama, 5 hari pun ok lagi