Boleh Tahan Juga! Penghuni Rumah Flat Bela 7 Ekor Lembu Kat Balkoni, Jiran-Jiran Terus…

Sebuah rumah flat di China menggemparkan jiran-jiran sekitar selepas kantoi memelihara lembu di balkoni rumahnya yang berada di tingkat lima.

Klip video yang memaparkan tujuh ekor anak lembu sedang menikmati hidangan di balkoni kediaman di wilayah Sichuan itu telah ditonton lebih 4 juta kali.

Walau bagaimanapun, pemilik lembu-lembu itu menjelaskan bahawa haiwan ternakannya itu hanya berada di rumah flat itu selama sehari.

Namun, walaupun baru sehari, tapi kehadiran lembu-lembu itu telah menyebabkan ketidakselesaan kepada penghuni lain berikutan baunya yang busuk.

Baca : Tak Berhias Dan Hanya Berpurdah, Inara Rusli Mengaku Mungkin Itu Punca Bekas Suami Cari Perempuan Lain

Bukan itu sahaja, lembu-lembu itu juga sering melenguh sehingga mengganggu telinga penghuni lain.

Jiran-jiran tidak melengahkan masa untuk melaporkan tentang kehadiran lembu-lembu itu di bangunan kediaman mereka.

Tak lama kemudian, difahamkan, lembu-lembu itu juga kemudiannya telah dipindahkan ke tempat lain yang lebih selamat oleh pihak berkuasa.

Namun, walaupun telah dipindahkan, pihak pengurusan dan pengawal keselematan bangunan kediaman itu tetap terpaksa berjaga-jaga kerana pemilik haiwan ternakan itu tetap cuba untuk menyeludup masuk haiwannya itu semula.

Difahamkan, pemilik haiwan dan penghuni unit flat tersebut rupanya baru berpindah dari kawasan pedalaman.

Jadi, mungkin dia belum dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di bangunan tinggi.

Baca Selanjutnya :