Buah-buahan bertaburan memenuhi laluan, lebuh raya menjadi sesak 7km

Buah-buahan bertaburan memenuhi laluan, lebuh raya menjadi sesak 7km. Laluan dari Gopeng ke Tapah di Kilometer 317.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini sesak hampir 7 kilometer gara-gara lori membawa muatan buah-buahan terbalik pada Khamis.

Kejadian sekitar jam 2.45 pagi itu dipercayai berlaku apabila lori dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menghala ke Selayang berkenaan dirempuh dari arah belakang oleh sebuah bas ekspres membawa 16 penumpang.

Pelanggaran mengakibatkan lori berkenaan terbalik dan muatan buah-buahan dibawa bertaburan memenuhi laluan lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian turut mengakibatkan pemandu bas berusia 42 tahun dan seorang penumpang berusia 28 tahun cedera di perut dan dagu.

“Pemandu bas dan penumpang wanita yang cedera telah dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan, manakala pemandu lori berusia 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bas dari Baling, Kedah menuju ke Kuala Lumpur itu melanggar bahagian belakang lori terbabit.

Katanya, lori itu kemudiannya hilang kawalan dan terbalik di lorong kiri.

BACA JUGA:

“Tak sangka rupanya saya kenal dia”, Ayu Puteh luah rasa kesal dan terkilan

“Koyak”, pengadil Vietnam VS Malaysia luah sesuatu di media sosial

“Apa yang mereka tak kata kepada Kerajaan Perpaduan, kerajaan luar tabii lah”, masuk pusat tarbiyah mereka boleh pula

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Buah-buahan bertaburan memenuhi laluan, lebuh raya menjadi sesak 7km […]