Buah terlebih masak, ini 3 cara peram buah yang betul

Cara peram buah dengan betul, terutamanya kepada mereka yang masih belum tahu. Biasanya, buah-buah seperti pisang, mangga, betik, ciku, avocado, kiwi, dan nanas memerlukan proses peraman sebelum boleh dinikmati dengan sepenuhnya.

Terdapat golongan yang sengaja membeli campuran buah yang separuh masak dan separuh belum masak. Mereka akan mengonsumsi buah yang sudah masak terlebih dahulu dan menyimpan buah yang belum masak untuk diram kemudian.

“Saya gemar menikmati buah-buahan tempatan. Apabila berbelanja di kedai buah, tidak semua buah yang dijual sesuai untuk dimakan segera. Sesetengah buah memerlukan proses peraman.

Buah terlebih masak, ini 3 cara peram buah yang betul

“Jika ada pilihan, saya akan membeli beberapa buah yang sudah masak dan beberapa buah yang belum masak. Saya akan mengonsumsi buah yang sudah masak terlebih dahulu, dan buah yang belum masak akan diperam.

“Dalam proses pematangan, buah-buahan mengeluarkan gas etilena. Semakin banyak gas yang dihasilkan oleh sesuatu buah, semakin cepat ia akan masak. Buah-buahan seperti pisang, mangga, betik, ciku, avocado, kiwi, dan nanas biasanya memerlukan peraman.”

Cara-cara untuk meram buah yang belum masak:

Cara 1:
Letakkan buah yang hendak diperam dalam beg kertas bersama sebiji pisang yang sudah masak. Kemudian, tutup beg kertas. Jika tiada beg kertas, kotak boleh digunakan.

Hindari penggunaan beg plastik. Periksa buah setiap hari untuk mengelakkan pematangan berlebihan

. Pisang yang sudah masak dapat meransang pematangan buah lain kerana pengeluaran gas etilena yang banyak.

Selain pisang, epal juga boleh digunakan kerana ia menghasilkan gas etilena dengan kadar yang tinggi.

Cara 2:
Basuh buah yang ingin diperam dan keringkan.

Lap dengan kain bersih atau tisu.

Tanam keseluruhan buah dalam beras.

Periksa buah setiap hari.

Pastikan untuk memantau keadaan beras, kerana buah yang masak boleh merosakkan beras.

Cara 3:
Letakkan kalsium karbida (kabat) di atas kertas surat khabar.

Siramkan kabat dengan sedikit air.

Bungkus kalsium karbida dengan surat khabar.

Apabila kalsium karbida bersentuhan dengan air, ia akan mengeluarkan gas asetilena.

Gas asetilena berfungsi seperti gas etilena dalam mempercepatkan proses pematangan buah.

(Perlu diingat, kalsium karbida mengandungi arsenik dan fosforus yang mungkin berisiko kepada kesihatan).

Tips:
Peram buah terlebih dahulu dan hanya masukkan buah yang sudah masak ke dalam peti sejuk.

Suhu sejuk akan melambatkan pengeluaran gas etilena, menjadikan buah yang sudah masak tahan lebih lama.

Pastikan untuk memisahkan sayuran dan buah sebelum meletakkannya dalam peti sejuk, kerana buah yang ditempatkan bersama-sama dapat menyebabkan gas etilena dan mempercepatkan kematangan dan kerosakan sayur-sayuran.

Baca Juga : Motivasi paksa nangis dalam kem pelajar dah lapuk