BERGURAU senda dengan adik beradik atau mengusik manja sesama sendiri merupakan salah satu cara yang secara tidak langsung mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Begitu juga dengan Suffian Nor Azmi ini yang suka menyakat anak saudaranya dipercayai berusia lima tahun.
Dalam video dimuat naik di TikTok, lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Pak Ndak ini menjelaskan kepada kanak-kanak lelaki itu bahawa dia adalah anak angkat.
Suffian menyakat anak saudaranya ketika sedang bersarapan.
“Betapa sayangnya kami dekat orang luar (anak kutip), dia makan lebih daripada kami semua.
“Anak kutip dah gemuk. Tak apa kami sayang je adik. Jangan takutlah… kami sayang je.
“Kami tak pernah anggap pun jumpa adik dekat tong sampah,” ujarnya di dalam video tersebut yang tular.
Berdasarkan kapsyen yang ditulis Suffian, dia menyakat anak buahnya itu ketika sedang bersaparan pagi bersama ahli keluarganya.
“Bersarapan pagi dengan nasi goreng dan air mata,” tulisnya, merujuk kepada anak saudaranya itu yang sedih dan menangis apabila dirinya dikatakan ‘anak kutip’.
Tidak cukup dengan memberikan gelaran itu, Suffian terus menambah kesedihan anak buahnya dengan menyanyikan lagu syahdu, Namun Ku Punya Hati oleh kumpulan Iklim.
“Tidak ku pinta lahir ke dunia, tidak ku duga ‘dikutip begini’…” Suffian menukar sedikit lirik asalnya.
Sepanjang video tersebut dirakam, dapat didengar suara kanak-kanak itu meraung dipercayai tidak dapat menahan kesedihan mengenangkan nasib diri sebagai anak pungut.
Tak apa… kutip tak kutip sama je.
“Lah! Apa yang susah sangat nak terima… Pak Ndak siap menyanyi lagi untuk adik. Betapa sayangnya Pak Ndak dekat adik.
“Tak apa… kutip tak kutip sama je. Makan cukup kan? Lebih kan?” katanya kepada kanak-kanak itu.
Video itu meraih perhatian netizen selepas dikongsikan di TikTok miliknya sehingga meraih lebih 100,000 jumlah tontonan.
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pemuda dan anak saudaranya.
Komen netizen pada video.
“Beza pula dengan anak buah saya. Siap tanya kenapa saya duduk rumah tok nenek dia. Mak dengan ayah saya tak ada ke?
“Maaf bang, adik bongsu saya lawan balik kalau kami cakap macam ni. Dia kata yang sulung ke atas dia selalu anak tak sah taraf.
“Anak kutip hadir! Arwah abah dengan mak selalu cakap saya anak nyonya jual sayur dekat pasar malam. Abah ambil bawa balik sebab kasihan duduk tepi bakul sayur,” komen beberapa netizen.
Baca : Ayah terkejut tahu anak gadisnya bawah umur dikahwin dengan guru besar sekolah pondok tanpa izinnya