Anda mungkin pernah mendengar lagu bertajuk ‘Kau Tigakan Cintaku‘ yang menjadi hit pada tahun 2008. Lagu tersebut diterbitkan oleh sebuah band bernama El Kasih dan vokalisnya ialah El Ibnu.
Band itu sudah ditelan zaman, namun kewujudan El Ibnu baru-baru ini kembali menarik perhatian orang ramai kerana perjalanan hidupnya yang menyayat hati. Malah lagu tersebut menjadi popular di Malaysia kerana menjadi background muzik untuk video TikTok Abang Tesla.
Nama penuh El Ibnu ialah Noventino Budi Lesmana. Sebelum ini, beliau merupakan vokalis sebuah band bernama Elkasih. Band ini muncul pada tahun 2008, ahlinya termasuk El Ibnu (vokal), El Arief (dram), El Fajar (bass), El Ari (keyboard) dan El Binbin.
Kugiran Elkasih mengeluarkan mini album sulung bertajuk Pesan Dari Surga. Album mini itu hits dengan lagu-lagu lain bertajuk ‘Pergi Lah Cinta”, “Lelakiku”, “Pesan Dari Surga”, “Sekali dan Terakhir”, “Kau Tigakan Cintaku”, dan “Aku Harus Pergi”. Dari sekian banyak lagu, judul lagu yang melambungkan nama Elkasih ialah lagu “Kau Tigakan Cintaku”.
El Ibnu diserang angin ahmar sejak 5 tahun lepas. El Ibnu kini boleh melakukan aktiviti menggunakan kerusi roda dan ditemani oleh jururawat.
Mengalami Stroke Yang Serius
Kali pertama dia disahkan menghidap strok adalah pada 2015. El Ibnu dan ElKasih sebenarnya berpeluang membuat persembahan di Maghribi, tetapi El Ibnu akhirnya menjalani rawatan di hospital Maghribi. Ketika itu, El Ibnu mengalami strok pertamanya.
Selepas disahkan sihat, El Ibnu pulang ke rumah dan menjalani rawatan dengan tradisonal. Keadaannya bertambah baik dan dia boleh kembali bekerja. Beberapa lama kemudian, stroke kedua berlaku. Badan El Ibnu mengalami lumpuh di bahagian kiri.
@musiceveryday22 Membalas @mawarshesultan Amin semoga cepet sehat kembali ya ka #music #musik #vokaliselkasih #elibnu #elibnustroke #kautigakancintaku #tranding_ #ketika #fypシ #foryoupage #SultanMakanSoNice ♬ suara asli – Musiceveryday – 22
Pada tahun 2016, El Ibnu mengalami strok ketiga. Serangan ini mendatangkan kesan serius pada saraf tubuhnya sehingga El Ibnu terpaksa duduk di kerusi roda. Separuh badannya lumpuh.
Isteri Minta Cerai
Apabila dia diserang strok ketiga, isterinya memutuskan untuk minta cerai. El Ibnu telah tinggal bersama ibunya. Isterinya meninggalkannya dengan membawa dua anaknya. Kemudia akhirnya El Ibnu tinggal di rumah bapa saudaranya sebelum dipindahkan ke rumah orang tua di kawasan Bintaro.
Menukar Agama
El Ibnu pernah menganut agama Islam, tetapi dia kemudiannya memeluk agama Kristian. Dia memutuskan perkara ini selepas menceraikan isterinya.
Baca Selanjutnya :