Bukan semua hari boleh bercucuk tanam, ini pesan orang tua-tua

Pasti anda pernah mendengar istilah ‘tangan hijau’, yang merujuk kepada individu yang mahir dalam aktiviti bercucuk tanam dan mampu menghasilkan hasil yang melimpah.

Individu yang memiliki ‘tangan hijau’ ini sering kali adalah golongan berumur yang sudah lama berkecimpung dalam aktiviti pertanian, di mana setiap tanaman yang mereka tanam memberikan hasil yang memuaskan.

Apakah rahsianya?

Bukan semua hari boleh bercucuk tanam, ini pesan orang tua-tua

Menerusi perkongsian di Facebook oleh Wadi Idris, beliau berkongsi tip yang diperoleh daripada bapanya untuk membantu mencapai kejayaan dalam penanaman tanaman yang subur.

Menurut Wadi, ayahnya biasanya menanam pokok berdasarkan hari dalam kalendar Islam, di mana setiap hari mempunyai keistimewaan tersendiri yang sesuai dengan jenis pokok yang akan ditanam.

1) Satu hari bulan – hari akar

Hari ini sesuai untuk menanam pokok yang memiliki sistem akar yang kuat seperti ubi keledek, ubi keladi, dan ubi kayu.

2) Dua hari bulan – hari batang

Hari ini sesuai untuk menanam pokok yang memerlukan pertumbuhan batang yang kukuh seperti tebu dan serai.

3) Tiga hari bulan – hari daun

Hari ini sesuai untuk menanam pokok yang tumbuh dengan daun yang subur seperti sawi, bayam, dan kangkung.

4) Empat hari bulan – hari buah

Hari ini sesuai untuk menanam pokok yang menghasilkan buah seperti rambutan, mangga, dan ciku.

Selepas tamat hari keempat, proses tersebut boleh diulang semula dari awal. Sebagai contoh, lima Zulkaedah akan dianggap sebagai hari akar, enam Zulkaedah sebagai hari batang, dan seterusnya.

Selain mengikut perhitungan hari dalam kalendar Islam, Wadi juga menekankan kepentingan pemilihan benih berkualiti, penjagaan yang teliti, dan penggunaan baja yang mencukupi untuk mencapai hasil yang terbaik dalam penanaman tanaman.

Baca Juga : Dah lama menyepi, Erra akan jadi hos bersama Heliza Helmi