Bungalow ‘tour’ Shila Amzah dedah rumah bakal dijual

Selepas dua bulan terlibat dalam pertelingkahan keluarga berhubung isu rumah, penyanyi Shila Amzah akhirnya berkongsi keadaan terkini banglonya yang terletak di Hulu Langat, Selangor, melalui perkongsian di Instagram miliknya.

Nurshahila Amir Hamzah, 33, memaklumkan bahawa banglo tersebut telah selesai dicuci dan siap sedia untuk dijual.

Dalam video yang dikongsikan, Shila juga memberikan gambaran persekitaran rumah banglo yang sudah mula kosong.

Bungalow 'tour' Shila Amzah dedah rumah bakal dijual

Rumah tersebut merupakan banglo dua tingkat dengan 12 bilik tidur yang kebanyakannya dilengkapi dengan bilik air tersendiri.

Shila berterima kasih kepada mereka yang membantu membersihkan rumah tersebut dan menyatakan bahawa jika dirinya bersama suaminya, Datuk Shahrom Kalamuddin, yang dikenali sebagai Ubai, yang menjalankan tugas tersebut, pastinya mereka akan menghadapi kesulitan.

Menjengah ke ruangan komen, netizen ramai terkagum-kagum melihat rumah yang besar dan luas milik Shila.

Shila juga memberikan respons kepada salah seorang pengikutnya yang bertanya mengenai niat untuk menjual rumah tersebut, dan Shila mengesahkan bahawa rumah tersebut bakal dijual tidak lama lagi.

Pada Oktober lalu, kemelut keluarga Shila mendapat perhatian umum setelah adiknya, Syada Amzah, mengatakan bahawa Shila akan dihalau dari kediamannya susulan niat untuk menjual banglo tersebut.

Shila kemudiannya menafikan dakwaan tersebut, menyatakan niatnya untuk menjual rumah itu adalah untuk membeli tempat tinggal baru yang lebih selesa bagi ibu mereka, Fauziah Sarman.

Isu ini masih menjadi perhatian ramai sejak itu.

Baca Juga : RM13k hangus, caterer puaka diminta pulangkan balik duit