Bunuh wanita, biri-biri dijatuhi hukuman penjara 3 tahun. Seekor biri-biri jantan di Sudan Selatan akan menghabiskan tiga tahun di kem tentera sebagai hukuman kerana membunuh seorang wanita awal bulan ini, menurut beberapa laporan.
Bercakap kepada media tempatan, Mejar Elijah Mabor berkata, biri-biri itu menyerang Adhieu Chaping, 45, dengan menanduk wanita itu berulang kali di rusuk sebelum mangsa meninggal dunia akibat parah.
Newsweek melaporkan susulan serangan, biri-biri jantan itu ditangkap dan diletakkan di bawah jagaan polis, kata penerbitan digital LADbible.
“Peranan kami sebagai polis adalah untuk menyediakan keselamatan. Pemiliknya tidak bersalah.
“Tetapi biri-biri jantan itu adalah pihak yang melakukan jenayah, maka patut ditangkap. Kemudian kes itu akan dimajukan ke mahkamah adat di mana kes boleh dikendalikan secara baik,” kata Mabor melalui LADbible.
Walaupun sudah didapati tidak bersalah, mahkamah tempatan memutuskan bahawa pemilik biri-biri jantan berkenaan, Duony Manyang Dhal, akan dipaksa untuk menyerahkan lima lembu kepada keluarga mangsa sebagai pampasan.
Di Sudan Selatan, lembu adalah bentuk mata wang pilihan, menurut NPR.
Dalam perbualan dengan stesen radio, seorang lelaki bernama Machien Luoi menjelaskan bahawa lembu digunakan untuk membeli rumah dan membayar mas kahwin.
Dalam satu kenyataan kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mengenai kepentingan lembu di Sudan Selatan, Joseph Tongun Philimon, seorang doktor haiwan ICRC, berkata: “Tanpa ternakan di Sudan Selatan, ia seperti anda bukan manusia. Ia seperti anda bukan orang Sudan Selatan.”
Selain menerima lima lembu, undang-undang tempatan juga menetapkan bahawa “mana-mana haiwan ternakan yang membunuh seseorang, kemudiannya haiwan ternakan itu akan diberikan sebagai pampasan kepada keluarga mangsa”.
Ini bermakna keluarga Chaping juga akan mengambil hak milik biri-biri jantan itu sebaik sahaja ia haiwan ternakan itu menjalani hukuman di kem tentera selama tiga tahun.
BACA:Saintis Jepun buat kajian terhadap mumia duyung berusia ratusan tahun
‘Datin Ida’ penipu ! RM4 juta lesap
Ibu tunggal raih pendapatan lumayan jual gambar dirinya setelah berhenti kerja bank