Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi rap Caprice memaklumkan dia tidak akan berdiam diri lagi memandangkan banyak ugutan diterimanya.
Menurut Caprice, dia akan tampil mempertahankan diri serta menerangkan satu demi satu pertuduhan yang disifatkan sebagai fitnah.
“Caprice tidak boleh berdiam lagi dah.. terlalu banyak ugutan diterima… jadi terpulanglah. Kita akan jelaskan satu persatu dan pertahankan setiap tuduhan. Fitnah adalah jenayah dalam Islam, lagi teruk dari membunuh,” tulisnya.
Kata Caprice lagi, orang ramai akan memahami dan membuka mata berhubung apa yang berlaku sehingga dirinya. Katanya lagi, dia juga akan menjawab isu dimana dia mendakwa Ustaz Ebit Lew melutut sebelum ini.
“InsyaAllah pada penghujungnya, anda akan melihat dan memahami mengapa saya sakit hati dan kenapa selama ni satu Malaysia kena tipu. Air mata dan kopiah tu tidak boleh selamatkan kamu lagi dah.
“Tentang isu melutut, apa dia janji kepada Caprice di hotel dan apa berlaku di Gaza yang buat Caprice sakit hati semua akan dijawab.
“Maaf tapi saya dah tak boleh terima segala cacian atau makian lagi sementara orang2 kuat susun strategi untuk sembunyi Caprice,” katanya.
Menerusi perkongsian itu, Caprice turut memuat naik video rakaman audio penjelasan Ebit Lew baru-baru ini yang mendakwa dia menepis tangannya.
Caprice turut berkongsikan mesej perbualan bersama Ebit Lew pada 1 Julai lalu meminta kebenaran untuk berkongsikan video pertemuan mereka di media sosial.
Baca Selanjutnya :