Cara bezakan bateri baru dan lama yang ramai tak tahu

PERCAYA atau tidak, anda pasti pernah menemui bateri di rumah tanpa disangka-sangka, sama ada di dalam laci atau atas meja.

Hendak dibuang rasa sayang pula, kerana boleh jadi ia masih baharu dan masih mempunyai ‘jus’ kuasa untuk digunakan lagi.

Jadi, apakah cara mudah dan pantas untuk menentukan sekiranya bateri itu sudah lama terbiar atau sebaliknya?

Cara bezakan bateri baru dan lama yang ramai tak tahu

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Jason di TikTok berkongsi tentang langkah-langkah untuk menentukan usia kasar bateri.

1. Ambil dua bateri dan jatuhkan ke atas permukaan meja atau lantai.

2. Lihat impak ketika bateri jatuh. Bateri yang melantun beberapa kali bermaksud bateri lama kerana sudah kosong isi dalamnya.

3. Bateri yang tidak melantun adalah bateri baharu, kerana masih penuh.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Aku minta suami lepaskan aku bila aku terkantoi curang, tapi suami tak nak lepaskan..