Cara buat tempe goreng sedap gila

Terdapat satu rahsia untuk menjadikan tempe goreng kekal rangup dan tahan lama yang ramai tidak mengetahuinya.

Teknik ini membolehkan tempe yang digoreng tetap garing di luar tetapi lembut di dalam.

Walaupun tempe agak tawar, namun sebenarnya ia mengandungi pelbagai nutrisi penting seperti protein, kalsium, dan zat besi yang baik untuk kesihatan badan.

Cara buat tempe goreng sedap gila

Tetapi, kadang-kadang tempe yang digoreng boleh menjadi keras dan tidak enak untuk dinikmati. Oleh itu, marilah kita ikuti teknik dan rahsia gorengan dari Angeline Metta ini agar tempe goreng kekal crispy hingga petang.

BAHAN-BAHAN:

– 1/2 papan tempe
– 2 biji bawang besar
– 2 ulas bawang putih
– 1 biji bawang besar
– 3 sudu besar tepung gandum
– 2 sudu besar tepung jagung
– 2 sudu besar tepung berperasa
– Air secukupnya
– Garam, lada sulah, serbuk stok

BAHAN SOS CELUP:

– 1 ulas bawang putih – dikisar
– Cili api – potong
– Kicap masin
– Kicap manis

CARA MEMASAK:

1. Potong tempe nipis atau mengikut citarasa, kemudian ketepikan.
2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, tepung berperasa, garam, lada sulah, dan serbuk stok dalam sebuah mangkuk besar. Gaul hingga tercampur rata.
3. Tuangkan air secukupnya ke dalam campuran tepung dan aduk hingga membentuk adunan yang kental dan tidak terlalu cair.
4. Masukkan bawang putih, bawang merah, dan hirisan bawang besar ke dalam adunan tepung. Kacau hingga semua bahan tercampur sebati.
5. Celupkan potongan tempe ke dalam adunan tepung yang sudah disiapkan sehingga terbalut rata.
6. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng tempe hingga matang dan berwarna keemasan. Pastikan tempe goreng menjadi keperangan.
7. Untuk membuat sos celup, campurkan bawang putih yang telah dikisar dengan cili api, kicap masin, dan kicap manis dalam sebuah mangkuk kecil. Gaul hingga semua bahan tercampur sempurna.
8. Sajikan tempe goreng bersama dengan sos celup yang sudah disiapkan.

TIPS SEBELUM MENGGORENG:

– Gunakan tempe yang masih segar dan tidak terlalu tua. Tempe yang segar tekskturnya lebih rangup setelah digoreng.
– Potong tempe nipis-nipis agar permukaannya lebih luas dan dapat meratakan proses penggorengan. Potongan tempe yang nipis juga akan lebih cepat masak dan lebih rangupnya tahan lama.
– Semasa menggoreng tempe, pastikan tidak memasukkan terlalu banyak potongan tempe dalam satu waktu. Ini untuk mengelakkan tempe menjadi lebih berminyak dan kurang rangup.

Baca Juga : Mana tak sedih sibuk buat persiapan tunang rupanya kami terima jenazah