Khas buat para isteri dan kaum ibu.
Cara-cara mengenali sama ada suami atau anak2 anda terlibat secara langsung dengan dadah jenis GANJA ni:
1) Terlalu kuat makan… jika selama ni dia makan sepinggan je sehari, tiba-tiba hari ni 1 periuk pun tak cukup. Itu memang sah baru lepas kena ganja
2) Rasa kering pada mata dan mulut serta cepat mengantuk… jika selama ni dia sering tido lewat smpai 2-3 pagi sebab sibuk main telefon, kalau baru lepas CAS, silap gaya pukul 9 malam dah berdengkur dan akan bangun seawal pagi. Silap-silap ayam belum berkokok beliau dah bangun.
Baca Juga : Rakyat Malaysia pecah rekod di Australia, ditahan bawa dadah bernilai RM431 juta
3) Kreativiti meningkat… kadang-kadang akan ‘berfikir diluar kotak’ dan diluar kemampuan diri sendiri..merasakan apa yang dibuat semua betul.
4) Sentiasa kemas… penampilan nya berubah dari selekeh kepada bergaya untuk membezakan diri dari penagih2 dadah jenis sintetik yang penampilan mereka agak selekeh, busuk hapak, rambut serabai, gigi rongak, sembang deras tin kosong dan sebagainya… itu semua untuk mengelakkan dari kena urine test, itu pasal penampilan mahu kemas dan SENYUM sentiasa.
5) Anti jenayah… biasanya penagih dadah jenis GANJA ni akan sedaya upaya mengelakkan diri dari melakukan sebarang jenayah berat mahupun ringan sebab takut kena tangkap.
6) Senyum selalu… senyum sangat sinonim dengan penagih dadah jenis GANJA ni. X buat lawak pun dia senyum, marah pun dia senyum… confirm baru lepas kena ganja.
7) Menjadi malas dan anti sosial… tak suka bergaul dengan orang ramai dan suka menyendiri.
Jika ada kesemua ciri2 diatas ni, boleh la puan2 dan saudari2 hubungi dan rujuk pihak polis atau AADK.
Sumber :