Cara detect ‘Hidden Camera’ dalam hotel.. Mari baca perkongsian ini!!

Cara detect ‘Hidden Camera’ dalam hotel.. Mari baca perkongsian ini!!

Jikalau menginap di hotel mahupun mengunjungi tandas awam, pastinya wujud rasa risau dalam hati terutamanya kaum wanita kerana takut ‘diintip’ oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Sering kita dengar kamera tertutup ataupun CCTV dipasang di ruang tersembunyi dan tidak dapat dikesan oleh orang awam.

Dalam satu perkongsian individu ini di Twitter, anda sebenarnya boleh mengesan CCTV yang disembunyikan tidak kiralah di dalam tandas atau hotel mahupun rumah tumpangan.

Cara-caranya :

*1. Guna ‘flash light’ yang ada pada telefon bimbit*

Guna lampu suluh ini di tempat-tempat yang mempunyai lubang atau ceruk-ceruk ruang sempit dan jika wujud refleksi dekat tempat yang disuluh, kemungkinan besar ada kamera dipasang di tempat itu.

Dan jika ada, jangan teragak-agak untuk membuat laporan pada pihak bertanggungjawab.

*2. Guna kamera hadapan pada telefon bimbit tanpa buka ‘flash’*

Halakan kamera hadapan pada tempat-tempat yang dirasakan berkemungkinan ada CCTV dan jika ada seperti ‘dot’ melalui skrin kamera maknanya ada ‘sesuatu’ yang sedang merakam anda.

*3. Periksa WiFI di telefon bimbit*

Biasanya CCTV akan menggunakan sistem wifi untuk menghantar video atau merakam aksi secara langsung. Cuba periksa wifi yang mendatangkan kecurigaan kepada anda.

*4. Periksa lubang atau tempat yang mempunyai skru*

Kalau skru longgar tu cuba tarik tengok mana tahu ada CCTV. Selain tu, barang-barang yang boleh diubah seperti tempat flush, jam, baldi, penyapu dan lain-lain juga kena ‘check’ okay!

Selamat mencuba!

BACA JUGA :

Mat Salih datang ke Malaysia, naik flight lebih 30 jam dari Amerika. Puji KL lebih moden dari NYC? Wah pandai betul beli hati rakyat Malaysi

Hampir 90% rakyat Indonesia isi jemaah haji untuk penerbangan tempatan

SPA9: KKM buka jawatan tetap Pegawai Pergigian, Farmasi