Cara elakkan buah strawberi tak berkulat, tak lembik dan tahan lama

Cara elakkan buah strawberi tak berkulat, tak lembik dan tahan lama.

Tak lengkap rasanya kalau pergi Cameron Highland tapi tidak membeli buah strawberi untuk kudapan di rumah dan sebagai buah tangan jiran serta sedara-mara.

Namun bila dah beli banyak sangat, tak sempat makan dah rosak pula buah strawberi sehingga terpaksa dibuang kerana tidak sedap untuk dimakan.

Jadi bagaimana cara untuk simpan buah strawberi dengan betul supaya tahan lama? Jom ikuti perkongsian oleh Rahayu Rusli di bawah. Terbukti memang menjadi!

*CARA SIMPAN BUAH STRAWBERI TAHAN LAMA, TAK BERKULAT & TAK LEMBIK*

1. Kita perlukan buah strawberry, tisu. Pastikan tisu yang tebal ye, nak guna tisu dapur pun boleh supaya air wap boleh meresap pada tisu dan tisu tak cepat lembik.

2. Bekas untuk simpan. Saya guna bekas yang letak kek je. Bekas tu pastikan berlubang ye supaya udara dapat keluar masuk. Nanti tak ada la air bertakung dalam tu.

3. Basuh tangan bersih-bersih. Ambil buah, letak atas tisu dan balut ikut kretiviti.

4. Habis semua, susun dalam bekas tadi. Susun elok-elok supaya tak terbuka.

5. Sedia untuk disimpan dalam peti ais. Mudah kan?

Hasilnya memang puas hati. Strawberi kekal segar dan tak lembik seperti gambar di bawah. Semoga bermanfaat.

BACA JUGA:

8 jenis ubat batuk yang disarankan untuk ibu bapa beli di Farmasi

Risau teman wanita tak buat saving untuk nikah, lelaki tersebut dah simpan wang RM20,000!! Hebat sungguh

Cara detect ‘Hidden Camera’ dalam hotel.. Mari baca perkongsian ini!!