Cara hilangkan habuk kulat pada rak dan almari, guna satu bahan ni je. Raya ni kasi bersih, cara hilangkan habuk kulat pada rak dan almari, guna satu bahan ni je.Selalu terjadi rak atau almari kayu yang ada di rumah ditumbuhi dengan kulat yang nampak seperti berhabuk.
Kalau musim hujan lagi banyak kulat ini naik di rak buku, almari baju dan sebagainya. Biasanya pada rak yang murah kita beli untuk kegunaan di rumah.
Walau pun kita dah lap ia akan tumbuh lagi. Jadi macam mana nak hilangkannya terus. Caranya boleh ikut tip yang dikongsi oleh Bijen Mohd ini.
Letak bahan ini untuk elak kulat habuk naik pada rak dan almari
Kulat mudah membiak di permukaan perabot murah sebab sifatnya yang mudah menyerap lembapan kerana diperbuat daripada habuk kayu.
Jadi misi kita adalah memikirkan supaya udara di dalam ini sentiasa berada dalam keadaan kering.
Oleh itu, kita gunakan gel silika yang selalu terdapat di dalam kotak pembungkusan barang dan beg. Konsep macam Thirsty Hippo-lah lebih kurang. Tapi nak kumpul gel ni banyak-banyak makan tahunlah jawabnya.
Cara mudah adalah beli gel timbang kilo di Shopee atau alternatifnya beli kristal kucing di kedai haiwan peliharaan. (Boleh klik SINI untuk beli di Shopee beli gel silika atau SINI untuk kristal kucing)
Kemudian bungkus masuk dalam bekas dan jangan lupa tebuk lubang agar ia dapat berfungsi dengan baik.
Oh ya, kristal ni boleh dikitar semula kalau nak. Setahun atau dua tahun sekali, korang boleh jemur balik di bawah terik mentari atau salainya atas kuali kat dapur.
Kalau korang beli gel silika yang boleh berubah warna bila kandungan air tinggi, lagi mudah nak nampak.
Bungkus banyak-banyak dan gunalah di tempat yang sepatutnya seperti di dalam rak, perabot, storage box, luggage bag dan sebagainya.
Gel silika ni menyerap lembapan di dalam udara. Bukan menyedut air. Sat lagi korang salah faham pula.
Inilah hasilnya selepas menggunakan gel silika, lepas dua tahun. Masih berkilat macam saya tinggalkan dulu. Habuk-habuk sawang tu adalah sikit. Tapi kehadiran kulat tu langsung tak ada.
Semoga bermanfaat
BACA:
“Design mengancam, harga pun mampu milik”