Cara masak Nasi Lemak menggunakan ‘Rice Cooker’

Cara masak Nasi Lemak menggunakan ‘Rice Cooker’.

Hidangan nasi lemak menjadi kegemaran ramai tanpa mengira kaum.

Walaupun hidangan ini simple sahaja, tapi tak ramai yang dapat menghasilkan nasi lemak power seperti di kedai.

Sebenarnya, kalau anda nak tahu, nak buat nasi lemak ni kena tahu petua supaya menjadi elok dan tidak mengecewakan.

Tak boleh main buat kerana pasti tidak menjadi dan akhirnya kecewa tak dapat makan nasi lemak. Jadi, kami kongsikan untuk anda kalau masak nasi lemak guna rice cooker, kena ikut 4 tips di bawah ini. Barulah macam beli di kedai!

*4 Tips Masak Nasi Lemak Guna Rice Cooker*

*1. Rendam Beras Sebelum Masak*

Salah satu tips untuk menjadikan nasi lemak lembut adalah dengan merendam beras terlebih dahulu sebelum memasakkannya. Selepas di basuh, rendamkan sekitar 10 minit .Kemudian, terus toskan dan masak seperti biasa.

*2. Elak nasi lemak mentah dalam rice cooker*

Cara memasak nasi lemak guna rice cooker tak banyak bezanya dengan atas api. Ada yang masukkan santan sekali dengan halia, daun pandan dan garam terus. Kalau nak masukkan apabila nasi mula nak lering pun boleh.

Seelokknya, lebihkan sedikit air berbanding memasak nasi biasa. Mungkin ada yang menghadapi masalah nasi tak cukup masak walaupun butang ‘ cook’ dah bertukar ‘ warm’. Sekiranya ini berlaku, ada beberapa petua yang boleh anda lakukan:

– Mula-mula kaiskan sedikit nasi tersebut, kemudian, letak sebuah cawan berisi air panas yang di campur sedikit garam di dalam rice cooker. Tutup semula rice cooker dan biarkan selama 10-20 minit.

– Kacau nasi, ambil daun pisang / plastik dan tutup bahagian atas nasi. Renjiskan sedikit air dan biarkan lama sedikit dalam mod ‘ warm’.

– Selain daripada cara- cara ini, boleh juga mengukus semula nasi tersebut menggunakan pengukus.

*3. Petua nasi lemak lembut*

Salah satu tip masak nasi lemak yang lembut adalah dengan mencampurkan sedikit minyak masak atau marjerin ke dalam nasi. Tak kisahlah sama ada nak masukkan awal-awal atau apabila nasi hampir kering.

Tips ke dua adalah dengan menggunakan halia yang di titik sebesar ibu jari. Anda boleh menggunakan kedua-dua cara ini untuk mendapatkan butiran nasi yang cantik, lembut dan berderai. Tapi, jangan gaul nasi banyak kali semasa masak ya.

*4. Nasi lemak wangi dan harum*

Biasanya kita akan ikat daun pandan untuk di masukkan ke dalam rice cooker. Kalau anda nak cuba sesuatu yang berbeza, boleh kisarkan daun pandan dan dapatkan patinya untuk di masukkan ke dalam nasi lemak yang sedang di masak.

Selain itu boleh gunakan beberapa batang serai untuk menambahkan lagi keharummannya. Selamat mencuba!

BACA JUGA:

Nak Nampak cantik dan sihat? Wanita ini kongsi tips serta rahsia resipi remidi turun temurun Jus Kunyit!!

CR7 ajak 4 rakan MU bercuti ke Arab Saudi… Bukti hubungan mereka masih akrab

Rahsia Goreng Ikan Bilis supaya Rangup & Tahan Lama, Begini Rupanya!!