PARUT jerawat secara amnya tidak membahayakan kesihatan, namun ‘kehadirannya’ boleh mengganggu penampilan kita.
Tompok-tompok yang hitam itu sudah pasti akan menyebabkan kita kurang keyakinan diri untuk berdepan orang ramai.
Pasti ramai juga yang tertanya-tanya kenapa parut jerawat hitam agak sukar untuk dihilangkan?
Menurut Medical News Today, parut jerawat hitam sukar untuk dihilangkan kerana penghasilan melanin yang berlebihan.
Melanin sendiri adalah pigmen yang memberi warna pada kulit.
Pengeluaran melanin yang berlebihan di kawasan tertentu kulit boleh menyebabkan ia kelihatan keperangan atau kehitaman.
Keadaan ini juga dipengaruhi oleh beberapa faktor, seperti genetik, tabiat memicit jerawat dan warna kulit.
Try using white tea, especially green tea. Their main asset is reducing the secretion of sebum, which, in excess, is precisely one of the causes of acne. — Photos: 123rf.com
Selain produk moden, anda juga boleh mengamalkan petua lama untuk membasmi parut jerawat. -Gambar hiasan 123rf.com
Parut jerawat hitam biasanya tidak hilang dengan sendirinya, jadi rawatan dan penjagaan khas diperlukan untuk memudarkan parut.
Dalam pada itu, pengguna Facebook Ana Mahabu pernah berkongsi beberapa petua yang dikatakan mampu menghilangkan parut jerawat.
1. Kulit kayu manis dan bedak sejuk
Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.
Apabila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.
2. Daun sirih muda
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
3. Daun senduduk
Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
Selamat mencuba!
Baca juga: Pengantin kena simbah cat merah atas pelamin, perkahwinan tak dapat restu