Dakwa 12 individu berkait LTTE , Tun M cabar PN

Sebelum ini rancak dan galak puak PN memainkan isu surat daripada Tun M kepada Muhyiddin yang mencadangkan supaya LTTE digugurkan dari senarai pengganas dalam Malaysia. Sekarang PN dah berkuasa dan Muhyiddin pula PMnya, tunggu apa lagi atau serupa kes Adib juga akhirnya?

PRN Sabah : PN masih berebut pembahagian 73 kerusi

Tiada pembahagian yang adil boleh dijangka dari gerombolan penyamun penipu dan perompak seperti PN ini, siapa yang lemah akan ditindas semahunya oleh yang kuat, sebagai abang long tentunya Umno mahu mendominasi pembahagian kerusi tersebut

Polis pun ditangkap, Khairuddin bila lagi?

Sedangkan pegawai kanan polis pun ditangkap kerana langgar SOP PKPP, rakyat tentunya tak sabar nak tunggu giliran Khairuddin pula digari tangan diheret masuk dalam lokap atau dipenjarakan atas kesalahan yang sama

Bilangan Adun PH dan PN di Johor kini sama banyak?

Menjelang Sidang DUN Johor yang akan bermula Khamis ini, kedudukan PN disana semakin genting apabila Osman Sapian jelas bersama Pejuang dan meninggalkan PPBM, ini sekaligus menjadikan PH 28 dan Speaker DUN yang punyai kuasa undi pemutus pula adalah lantikan PH

PRN Sabah : PKR mungkin hanya diberi 12 kerusi

Prestasi PKR pada PRU 14 lalu yang hanya menang dua kerusi dari sembilan yang ditanding, ditambah pula dengan perpecahan dan masalah dalaman serta penerimaan rakyat pada parti itu menjadi ukuran dalam agihan di kalangan PH Plus

Azmin akui tidak selesa bersama Anwar Ibrahim

Setelah hampir 20 tahun berjuang dalam PKR sehingga berjaya menjadi Timbalan Presiden parti tersebut, hari ini Azmin mengakui beliau tidak selesa dengan isu calon PM yang membabitkan Anwar Ibrahim