Cekal sungguh sanggup berebut, Ernie dan Syamel akhirnya dapat juga kek tapak kuda

Pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel kini dapat menghirup lega kerana akhirnya berjaya memperoleh kek tapak kuda yang viral daripada Ustaz Mohd Riduan Noor.

Melalui perkongsian di TikTok, Ernie dan Syamel berkongsi detik pertemuan mereka dengan Ustaz Riduan Noor.

“Alhamdulillah, terima kasih Ustaz @mohdriduannoor. Semoga Allah melimpahkan rezeki yang berlimpah-limpah. Apa tagline yang sepatutnya kita gunakan, kawan-kawan?” ujar mereka dalam kapsyen.

Cekal sungguh sanggup berebut, Ernie dan Syamel akhirnya dapat juga kek tapak kuda

Mereka menyuarakan rasa syukur kerana usaha mereka untuk mencicipi kek tapak kuda tersebut akhirnya membuahkan hasil.

Dalam kapsyen, Syamel dengan jenaka menyatakan bahawa kejayaan itu dicapai dengan doa, usaha, kesabaran, dan penggunaan “cable.”

Sementara itu, dalam ruangan komen, netizen secara amnya mengakui rasa cemburu melihat pasangan itu berjaya merasai kek tapak kuda Ustaz Riduan Noor yang selama ini menjadi idaman ramai.

Mereka menggambarkan bahawa hanya “terpilih” sahaja yang berjaya mendapatkan kek tersebut kerana selalu habis dalam sekelip mata.

Sebelum ini, semasa sesi siaran langsung di TikTok bersama Ustaz Riduan Noor, Ernie dan Syamel telah meluahkan rasa kecewa kerana sering kali gagal mendapatkan kek tapak kuda tersebut kerana stoknya habis.

Pasangan tersebut juga memohon kepada ustaz untuk mengasingkan sebahagian daripada stok harian untuk mereka, sehingga ustaz akhirnya meminta mereka menghubunginya secara peribadi.

Baca Juga : Siasat ketua kampung senang, siasat cikgu sekolah senang tapi bila siasat Tun…