TIBA sahaja bulan Ramadan, sajian nasi Arab oleh Cef Ammar menjadi antara juadah berbuka puasa yang menjadi bualan ramai.
Namun, berbeza pula pada tahun ini apabila timbul dakwaan perniagaannya di bazar Ramadan ‘sepi’ tanpa ada barisan panjang pelanggan yang sanggup beratur membeli nasi yang dijual.
Dakwaan tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial dengan kebanyakannya berpendapat berkemungkinan ramai pelanggan mula memboikot perniagaan Cef Ammar.
Hantaran tular mengenai premis Cef Ammar di bazar Ramadan.
Bagi menjawab segala tanda tanya dan spekulasi, pencipta kandungan, Najee Mahshar menemu bual Cef Ammar.
“Mereka tunggu saya nak buat salah. Malaysia eyes on me (cuba jatuhkan) now,” katanya sambil dapat dilihat pelanggan beratur di belakangnya.
Dalam video berdurasi enam minit dimuat naik Najee, Cef Ammar menjawab pertanyaan berikutan tentang perniagaannya yang dikatakan sudah tidak laku seperti dulu.
“Tak laku, orang lain saja yang laku,” jawabnya dengan nada berjenaka.
Bagaimanapun, dalam video tersebut dapat juga dilihat ramai pengunjung di Bazar Ramadan Stadium, Shah Alam beratur untuk membeli juadah berbuka di gerai Cef Ammar.
Selain itu, cef kelahiran Palestin itu turut menyangkal segala dakwaan terutama sekali daripada golongan yang memburuk-burukkan perniagaanya.
Cef Ammar turut menitipkan pesanan secara terbuka dalam video yang sama agar orang ramai ‘tidak membuat kerja Tuhan’.
“Kalau Tuhan izin nak jatuhkan saya, Tuhan izin. Kalau Tuhan tak izin, awak buat lima tahun lagi, awak tak bolehlah.
Betul la dia cakap tu kalau Tuhan mahu jatuhkan dia, bila-bila masa saja.
“Ini semua kerja Allah, jangan jadi Tuhan..itu sahaja. Tapi Alhamdulilah terima kasih kepada semua rakyat Malaysia sokong perniagaan saya,” katanya.
Di ruangan komen pada video yang meraih 1.4 juta jumlah tontonan itu, ternyata masih ramai memuji kesedapan makanan dijual.
“Sudah pandai ‘menganjing’ Cef Ammar sekarang.
Komen netizen berikutan video penjelasan Cef Ammar.
“Betul la dia cakap tu kalau Tuhan mahu jatuhkan dia, bila-bila masa saja. Kita ni dalam Facebook ada je tak puas hati di bulan suci murni ni,” antara komen netizen.
Sebelum ini, Cef Ammar yang terkenal dengan menu Nasi Arab Lamb Shank pernah menjadi mangsa kecaman netizen kerana menjual makanan yang dilabel sebagai harga ‘Tel Aviv’.
Isu berbangkit itu bagaimanapun kembali reda apabila Cef Ammar tampil membuat penjelasan bahawa harga makanannya setanding dengan segala bahan digunakan.
Baca juga: Kubur paling besar! Ingat rumah orang