China cipta laser berkuasa tinggi di Satelit miliknya

China cipta laser berkuasa tinggi di Satelit miliknya china olympic games tokyo 2020 the china press china news china olympics china covid south china morning post

 

Sekumpulan saintis di China menyatakan bahawa mereka telah membangunkan sebuah peranti laser bersaiz kecil tetapi berkuasa yang boleh dipasangkan pada satelit, lapor akhbar South China Morning Post kelmarin.

Mereka bagaimanapun memberitahu, laser itu tidak akan digunakan untuk tujuan kemusnahan.

Pembangunan peranti itu diterbitkan melalui kertas kerja pada jurnal Aerospace Shanghai, bulan lalu.

China cipta laser berkuasa tinggi di Satelit miliknya china olympic games tokyo 2020 the china press china news china olympics china covid south china morning post

Peranti laser itu boleh digunakan dalam pelbagai fungsi seperti mengenal pasti sasaran, penjejakan, pengimejan dan komunikasi berkelajuan tinggi, kata ketua saintis projek berkenaan, Liu Chong dari Kolej Sains Optik dan Kejuruteraan Universiti Zhejiang.

Ia boleh mengeluarkan 100 tembakan cahaya laser berkuasa 1 megawatt (MW) sesaat selama hampir setengah jam di ruang angkasa, demikian menurut kumpulan penyelidik tersebut.

Peranti laser bersaiz menyamai sebuah tin berkapasiti 500 mililiter dengan berat kurang daripada 1.5 kilogram itu boleh dipasangkan pada satelit kecil.

Dalam pada itu, tentera Amerika Syarikat (AS) merancang untuk melancarkan senjata laser 1 megawatt (MW) sendiri ke angkasa lepas pada tahun depan.

Senjata angkasa lepas AS itu mampu menghasilkan gelombang cahaya berterusan yang boleh menumpukan lebih banyak sumber tenaga ke sasaran.

Senjata laser itu mempunyai berat kira-kira 4 tan tetapi memerlukan roket sebesar Starship milik SpaceX untuk menempatkannya di angkasa lepas .

Ia boleh membutakan manusia secara kekal atau mengewapkan permukaan bahan tertentu, tetapi tenaganya kira-kira 5 milijoule setiap tembakan tidak cukup tinggi untuk menjatuhkan peluru berpandu atau satelit.

Tonton:

Baca:

Pakar sahkan Dinosour pernah wujud di Kelantan, ini buktinya..

Rupanya bentuk ombak berpetak ini boleh membawa maut, ini kesannya..

Tokoh Tarannum Al Quran meninggal dunia

COMMENTS

Wordpress (0)