Nampaknya kes cabul remaja bawah umur sekali lagi menggemparkan Sidoarjo, Jawa Timur selepas seorang guru didakwa tergamak mencabul pelajar perempuan berusia 14 tahun sebanyak empat kali.
Perbuatan keji tersebut dilakukan oleh Abdul Syukur, 32, selepas berkenalan dengan mangsa melalui media sosial, MiChat. Setelah itu, kedua-dua mereka akhirnya bersetuju untuk bertemu.
Dia yang dikatakan sudah merancang untuk melakukan perbuatan tersebut, menyewa kereta untuk berjumpa dengan mangsa berhampiran kawasan masjid Kelurahan Sarirogo, Kecamatan Kota Sidoarjo.
Setelah remaja perempuan itu memasuki keretanya, dia terus bertindak mencium dan meraba kemaluan mangsa.
“Perbuatannya sangat keterlaluan kerana ia dilakukan dalam kereta yang diparkir berhampiran masjid.
“Pelaku yang sudah berkahwin ditangkap penduduk ketika sedang bercumbu sebelum dipukul oleh mereka yang geram kerana remaja tersebut masih mentah.
“Ibu bapa mangsa kemudiannya membuat aduan kepada polis,” kata jurucakap polis, Muhammad Harris, pada Rabu.
Guru terbabit telah didakwa di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak dan bakal berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika disabit bersalah.
Baca juga: Bosan jadi kaya, wanita nekad jadi tukang cuci pinggan