Cikgu sekolah didakwa rogol 13 pelajar sekolah sehingga ada yang lahirkan bayi.
Cikgu sekolah didakwa rogol 13 pelajar sekolah sehingga ada yang lahirkan bayi. Di Bandung Indonesia, seorang guru dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah merogol 13 orang pelajar yayasan sekolah pondok.
Lebih mengejutkan apabila 8 orang mangsa rogolnya telah melahirkan anak manakala dua orang lagi sedang mengandung. Dilaporkan, kesemua mangsa rogol adalah remaja bawah umur dan terdiri daripada keluarga miskin. Mereka telah bersekolah di situ sejak lima tahun lalu.
Saat hukuman dijatuhkan, tertuduh yang berada dalam keadaan digari hanya menundukkan kepalanya.
Tertuduh bagaimanapun merayu hakim meringankan hukuman di atas alasan dia perlu menampung anak-anak. Tertuduh yang dikenali sebagai guru al-Quran itu sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.
Terdahulu, pihak pendakwa raya menuntut tertuduh dijatuhi hukuman mati kerana telah mencabul belasan pelajarnya sendiri sehingga melahirkan bayi.
Pendakwa raya turut menuntut tertuduh dikembiri dan dikenakan denda sebanyak Rp500 juta selain aset yayasan dilelong untuk menampung hidup mangsa.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia bagaimanapun tidak setuju dengan hukuman mati kerana menganggap hukuman bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia.
Perbuatan terkutuk tertuduh mula terbongkar apabila salah seorang keluarga mangsa membuat laporan polis.
Kes ini turut menggemparkan seluruh Indonesia sehingga mendapat perhatian Presiden Joko Widodo.
Tonton:
BACA JUGA : Kecoh lelaki pukul orang tua, akhirnya berjaya ditangkap dan dibelasah orang ramai
Penerima vaksin Sinovac dicadang terima 2 suntikan penggalak
Ibu terkejut bila periksa history tab anak 8 tahun, penuh kandungan lucah