Tular di media sosial video menunjukkan tiga beradik ceria ketika diberitahu mereka akan dijemput untuk pulang lebih awal dari sekolah.
Kelihatan tiga beradik itu melambai-lambai tangan ke arah guru sambil tersenyum gembira. Namun adik beradik ini tidak tahu perkara sebenarnya bapa sudah meninggal dunia.
Cikgu Ain menerusi satu hantaran di TikTok berkata, dia tak sampai hati nak memaklumkan mengenai pemergian bapa mereka. Dia hanya meminta murid-murid itu mengemas beg dan pulang di atas urusan keluarga.
Menurut cikgu, bapa tiga pelajar ini meninggal dunia akibat serangan jantung. Mereka dijemput oleh ibu saudara dan terus meraung menangis sebaik diberitahu berita duka tersebut.
Cikgu pun tak sampai hati nak beritahu perkara sebenar. Sehingga ada makcik murid ni yang datang ambil. Baru lah tahu perkara sebenar, meraung menangis. Ya Allah kau berikan kekuatan buat anak murid Cikgu Ain. Azalea dan adik beradiknya.
Perkongsian meruntun jiwa daripada Cikgu Ain ini telah mendapat lebih 1 juta tontonan di TikTok. Orang ramai mengucapkan takziah dan mendoakan semoga anak-anak ini tabah.
@cikguaincomeyCikgu pun x sampai hati nk beritahu perkara sebenar.. Sehingga ada makcik murid ni yg dtg ambil.. Baru lah tahu perkara sebenar, meraung menagus.. Ya allah kau berikan kekuatab buat anak murid cikgu ain.. Azalea dan adik beradiknya
Kredit: TikTok @cikguaincomey
Baca : Huru-hara satu stadium lembu Rodeo terlepas sondol penonton