CNY tak tahu nak masak apa, mari cuba 6 menu makanan cina

CNY tak tahu nak masak apa, mari cuba 6 menu makanan cina.

Malaysia terkenal dengan rakyatnya yang terdiri dari berbilang kaum.

Setiap kali sambutan perayaan sesuatu kaum, terdapat pelbagai makanan tradisional atau patut ada untuk dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga tercinta.

Antara aktiviti sering dilakukan bersama ialah reunion dinner bersama keluarga seperti yang dikongsi oleh Janet Koh di lamam Facebook. Terdapat 6 menu boleh dicuba. Halal dan mudah sahaja. Jom cuba!

1. GARLIC CHILI SCALLOP

Shell scallop
Garlic minced
Chili mince
Daun bawang potong kecik
Sos tiram
Garam
Maggi cukup rasa
Gula
Cara penyediaan:

– Susun scallop atas pinggan.

– Dalam mangkuk masukkan garlic , cili, sos tiram, gula, garam dan daun bawang.

– Dalam kuali panaskan minyak. Masukkan minyak panas dalam mangkuk yang ada bahan-bahan garlic dan lain-lain.

– Gaul-gaul bagi sebati. Letak sesudu atas scallop dan stim selama 15-20minit. Siap dah.

2. BROCCOLI ABALONE MUSHROOM

– Broccoli satu biji potong kecik. Rebus dalam air yang dah letak garam dan minyak sikit sampai masak. Susun dekat pinggan.

– Mushroom kering rendam sampai lembut dan rebus dalam air rebusan broccoli sampai masak. Tos letak tepi.

– Abalone tin yg bersos brown sos atau braised abalone. Masukkan abalone dan kuah sekali dalam kuali masukkan mushroom sekali masak sampai didih. Tutup api susun abalone dan mushroom.

– Last letakkan kuah atas abalone dan mushroom n broccoli. Siap dah.

3. SALYTY PEPPER PRAWN

Udang belah belakang dan cuci bersih
Daun bawang potong kecik
Garlic minced
Lada putih
Lada berperisa
Maggi cukup rasa
Garam
Cara penyediaan:

– Mula-mula goreng udang sampai masak dan crispy dan tos kering-kering.

– Dalam kuali letak sikit minyak dan garlic. Masukkan udang dan stir fry sekejap.

– Masukkan semua perisa dan daun bawang stir fry sampai kering. Siap dah.

4. KONG POH FLOWER SQUID

– Bawang besar sebiji potong 4 dan buat keping-keping macam dalam gambar

– Capsicum merah atau hijau

– Carrot

– Halia potong keping-keping dalam 10 keping

– Cili kering dalam 5-8 rendam bagi lembut dan potong kecik panjang dalam 3-4cm

– Minced garlic dan minyak.

– Kicap cair masin 2-3sudu

– Kicap pekat 1 sudu .

– Garam ikut tekak masing-masing.

– Gula 1-2 tbs

– Maggi cukup rasa 1tsp

Cara penyediaan:

– Mula-mula tumis garlic dengan minyak, masukkan bawang merah dan halia dan cili kering tumis sekejap masukkan sotong.

– Masak sekejap masukkan semua perisa dan capsicum dan carrot stir fry sampai sotong masak dan kuah jadi pekat. Siap dah

– Tak perlu letak air sebab sotongkan keluarkan air.

5. STIM AYAM KAMPUNG

– Masak air satu pot bagi boil dulu.

– Masukkan satu sudu garam lepas tu masukkan ayam rebus 15minit lepas tu terbalikkan ayam masak 15 minit lagi.

– Kemudian, terbalikkan lagi masak 5-10 minit dah siap.

– Keluarkan ayam bagi ayam tu mandi air paip kejap bagi kulit ayam sejuk jadi licin then letak tepi bagi sejuk sekejap sebelum potong baru cantik.

– If panas-panas potong daging ayam akan hancur. Dah siap potong letak la minyak bawang putih goreng dekat ayam dan kicap sekali.

Siap dah. Air rebusan ayam , boleh masak sup dan masak nasi minyak ayam juga.

6. STIM IKAN BAWAL PUTIH

Ikan bawal Putih
Halia hiris
Daun bawang bahagian putih 3-4 btg .
Garlic oil yang dah siap masak
Cara penyediaan:

– Mula-mula letak halia dan daun bawang bawah ikan.

– Letak halia dalam perut ikan dan atas ikan. Stim 15-20 minit. Buangkan air kukusan ikan yang dah siap stim. Letak garlic oil dan kicap cair stim 5 minit. Siap dah.

Jangan lupa cuba tau!

BACA JUGA:

Adisak Kraisorn bersikap Profesional, tarik perhatian Malaysia

Hospital Sungai Buloh ingin waris Mohd Roni Malik untuk tampil

8 Portfolio Menteri Negeri diubah dalam Rombakan Kabinet Sabah