COVID-19: 175 kes baharu dicatatkan
Malaysia merekodkan sebanyak 175 kes baharu Covid-19 pada Isnin dan satu daripadanya adalah kes import menjadikan keseluruhan kes aktif adalah sebanyak 10,053.
Daripada jumlah itu, Portal KKMNOW melaporkan sebanyak 96.1 peratus atau 9,659 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Data tersebut turut menyatakan bahawa sebanyak 388 kes Covid-19 menerima rawatan di hospital dan enam pesakit di unit rawatan rapi (ICU).
Sementara itu, kes sembuh yang direkodkan melibatkan 196 individu menjadikan kumulatif berkenaan sebanyak 4,991,173.
Pada masa yang sama, negara juga turut mencatatkan satu kematian terbaharu dan ia merupakan kematian luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 36,944.
BACA JUGA:
Susah nak kejutkan anak waktu pagi, kan mommies? Hah, berikut ada 6 tips menceriakan pagi anak-anak
Angka kematian meningkat kepada 3,830, gempa bumi susulan di Turkiye, Syria semalam