COVID-19: 318 kes baharu dilaporkan, tiada kematian

COVID-19: 318 kes baharu dilaporkan, tiada kematian.

Sebanyak 318 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Khamis dengan satu daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan kepada 5,033,943.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, tiada kematian yang direkodkan akibat wabak itu pada Khamis.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 36,923.

Kes sembuh dicatatkan pula adalah sebanyak 331 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,986,643 kes.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini direkodkan sebanyak 10,377 dengan 9,960 atau 96 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara 398 pesakit dirawat di hospital dengan 19 daripadanya di unit rawatan rapi (ICU).

BACA JUGA :

Pokok tumbang, seorang remaja perempuan maut akibat terhempap

Ops Bersepadu Perayaan Tahun Baharu Cina: JPJ menyamar jadi penumpang bas

Semporna, Sabah: Pusat aktiviti sukan luncur udara

COMMENTS

Wordpress (5)
  • […] COVID-19: 318 kes baharu dilaporkan, tiada kematian […]

  • […] COVID-19: 318 kes baharu dilaporkan, tiada kematian […]

  • […] COVID-19: 318 kes baharu dilaporkan, tiada kematian […]

  • […] COVID-19: 318 kes baharu dilaporkan, tiada kematian […]