COVID19: 184 kes baharu, dua kematian dilaporkan

COVID19: 184 kes baharu, dua kematian dilaporkan.

Malaysia merekodkan 184 kes baharu positif Covid-19 pada Selasa termasuk tiga kes import dengan dua kematian.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif Covid-19 di negara ini adalah 9,982 dan 36,946 kematian.

Menurut portal KKMNow, 96.4 peratus atau 9,621 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Seramai 357 kes lagi sedang menerima rawatan di hospital dengan empat di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, kes sembuh yang direkodkan adalah 253 menjadikan kumulatif pesakit sembuh kini seramai 4,991,426.

BACA JUGA:

Anwar berada di Ibu Pejabat UMNO selepas dipecat 25 tahun lalu

Jumlah korban gempa bumi Turkiye, Syria meningkat lebih 7,200 orang

Lelaki maut, ditemukan lemas di bawah jambatan