COVID19: 189 kes baharu dicatatkan, tiada kematian. Sejumlah 189 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,038,543 kes.
Sebanyak 279 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,991,705.
Ketika ini, 9,892 kes aktif direkodkan di mana 9,530 atau 96.3% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.
Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 355 (3.6%) kes dimasukkan ke hospital.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 7 kes dan 4 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,946 orang.
BACA JUGA:
Van persiaran terbabas, 7 maut dalam kemalangan
H5N1: Risiko berjangkit kepada manusia kekal rendah namun perlu bersedia
Kes pembunuhan e-panggilan di Tawau, libatkan 6 orang polis terdakwa