COVID19 : Jumlah kes menurun ke 405, namun terdapat 1 kes kematian

COVID19 : Jumlah kes menurun ke 405, namun terdapat 1 kes kematian. Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 1,000 kes pada Ahad.

Semalam jumlah kes turun ke 405, berbanding 567 kes, yang dilaporkan hari sebelumnya.

Portal KKMNOW turut memaklumkan satu kematian dilapor berkaitan dengan COVID-19.

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Ahad juga turun sedikit kepada 11,394 kes dan daripada jumlah itu, 10,763 kes atau 94.5 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala, 599 pesakit mendapat rawatan di hospital.

32 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 12 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 441 kes sembuh.

BACA JUGA :

Umat Islam perlu berikan contoh yang baik, buktikan Islam agama perpaduan

Akan umum KPI bagi setiap Menteri pada minggu ini – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Kes samun kedai emas menggunakan pistol mainan, seorang lelaki ditahan