CR7 jaringkan 2 gol, Lionel Messi jaring 1

CR7 jaringkan 2 gol, Lionel Messi jaring 1. Cristiano Ronaldo membalas tumbukan ke mukanya dengan meledak dua kali ke atas Paris Saint-Germain yang diterajui Lionel Messi dalam aksi persahabatan di Arab Saudi.

Ronaldo, 37, dikasari oleh penjaga gol PSG, Keylor Navas tetapi dia kemudian menyempurnakan sepakan penalti susulan kekasaran itu dan menambah jaringan dalam kekalahan 5-4 di Stadium Raja Fahd, Riyadh.

Ia adalah penampilan pertama Ronaldo di bumi Arab Saudi, tetapi mewakili pasukan terbaik gandingan kelab baharunya, Al Nassr dan seteru mereka Al Hilal.

Messi dan Kylian Mbappe menjaringkan gol untuk PSG dengan Neymar gagal menyempurnakan sepakan penalti sebelum ketiga-tiga bintang itu termasuk Ronaldo, dikeluarkan di pertengahan babak kedua.

Messi membuka jaringan hanya selepas tiga minit hasil umpanan Mbappe.

Ronaldo menyaksikan percubaannya diselamatkan tetapi dia menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-34.

Lima minit kemudian, pemain PSG, Juan Bernat dilayangkan kad merah kerana mengasari Salem Al-Dawsari – pemain Arab Saudi yang menjaringkan gol kemenangan ke atas Argentina di Piala Dunia Qatar.

PSG kembali mendahului menerusi Marquinhos sebelum Neymar gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Ronaldo sekali lagi menyamakan kedudukan ketika permainan menuju rehat, menyempurnakan bola tandukannya yang terkena tiang untuk gol keduanya.

Selepas rehat, Mbappe membuat umpanan untuk jaringan Sergio Ramos sebelum Hyun-soo Jang menyamakan kedudukan untuk pilihan Riyadh.

Mbappe menyempurnakan sepakan penalti dan Hugo Ekitike menjadikan kedudukan 5-3 sebelum penyerang Brazil, Talisca menjaringkan gol keempat pasukannya.

BACA JUGA:

Fokus aspek operasi, elak kelewatan penerbangan berlaku – Anthony Loke

COVID-19: 318 kes baharu dilaporkan, tiada kematian

Budak lelaki Bangladesh ditemui terperangkap dalam kontena

 

COMMENTS

Wordpress (0)