Croatia, Maghribi dan Qatar, antara topik hangat Piala Dunia 2022

Croatia, Maghribi dan Qatar, antara topik hangat Piala Dunia 2022. CROATIA muncul pasukan ketiga terbaik Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Maghribi 2-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu.

Kemenangan itu sedikit sebanyak mengubati kekecewaan skuad The Blazers selepas gagal mengulangi pencapaian mara ke final seperti yang dilakukan pada Piala Dunia 2018 di Rusia.

Manakala bagi Maghribi, keputusan di Piala Dunia 2022 adalah pencapaian terbaik mereka apabila mampu menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik dalam temasya bola sepak terbesar dunia ini.

Croatia yang diletakkan sebagai pasukan pilihan bermula garang apabila membuka jaringan menerusi tandukan pemain pertahanan, Josko Gvardiol pada minit ketujuh.

Bagaimanapun, Maghribi tidak menunggu lama untuk mengikat kedudukan dua minit kemudian selepas sepakan percuma Hakim Ziyech terbias pemain tengah Croatia, Lovro Majer dan disambar Achraf Dari untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Croatia menunjukkan kualiti mereka apabila kembali mendahului menerusi sepakan lencong menarik Mislav Orsic pada minit ke-42.

Skuad kendalian Walid Regragui mempunyai beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan pada babak kedua, namun ketangkasan penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic menafikan usaha pemain Maghribi.

BACA JUGA:

Sudah lali dengan banjir, penduduk Sungai Lembing sedia pindah atau ambil risiko, namun tetap tenang

Bomba hiba, tahan perasaan teruskan operasi mencari dan menyelamat sembilan mangsa yang belum ditemukan

Apa masalahnya kalau dia boleh bekerja untuk tempoh itu walaupun tidak ikut jadual ditetapkan, kata Sivakumar