MEMBELI sebuah kereta terpakai atau ‘second hand’ biasanya dibuat oleh mereka yang tidak mahu menanggung komitmen bulanan tinggi atau untuk dijadikan kenderaan kedua.
Begitulah juga dengan Mann yang memutuskan untuk memiliki kereta terpakai jenis Proton Wira dengan harga RM3,400.
Namun, menerusi grup Tanya Peguam di Facebook, dia bertanyakan pandangan kerana mahu membuat pertimbangan semula selepas melihat rekod lampau kereta yang sudah dibayar penuh itu.
Tangkap layar perbualan WhatsApp dikongsikan Man.
Melalui semakan nombor pendaftaran kereta, terdapat lebih lapan saman yang masih belum dibayar.
“Saya nak tanya untuk urusan jual beli kereta (terpakai). Selepas urusan Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer), saya ada buat semakan kereta.
“Ada saman berjumlah RM1,150. Saya berbincang dengan pemilik asal kereta. Dia tak nak bayar dan saya buat keputusan untuk pulangkan semula,” ujarnya.
Difahamkan, Man sudah mengeluarkan belanja sebanyak RM400 untuk membaiki kerosakan pada kereta yang dibeli.
Bagaimanapun, dia memilih untuk menanggung kerugiaan berkenaan berbanding menambah lagi bebanan hutang saman pula.
“Saya sudah ada kos baiki kereta berjumlah RM400 tetapi saya tak kisah janji dapat semula RM3,400 yang saya sudah bagi untuk kereta tu.
“Tetapi owner tak nak bagi bayaran penuh semula, dia nak bagi 50 peratus je daripada harga asal. Saya buntu tak tahu nak buat apa,” jelasnya lagi.
Dia tak nak bayar dan saya buat keputusan untuk pulangkan semula.
Jelas Man, perkongsiannya ini bertujuan untuk mencari solusi bagi mendapatkan semula wang daripada pemilik asal kereta.
Malah, dia juga mempunyai segala butiran yang diperlukan untuk urusan dan tindakan lanjut.
Jika diteliti di ruangan komen, terdapat beberapa netizen menjelaskan mengenai status rekod saman tersebut.
Menurut salah seorang warga maya, Man tidak perlu bertanggungjawab membayar denda berkenaan memandangkan rekod saman tersebut adalah atas nama pemandu.
Komen warga maya.
“Itu saman akan cari owner asal. Pemilik baharu tidak perlu bayar. Saman memang tertulis nombor pendaftaran kenderaan dan nama pemandu. Jadi tidak perlu risau. Setiap data tukar milik kenderaan ada dalam rekod JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan).
“Untuk memastikannya dan melupuskan saman, boleh berurusan dengan pihak JPJ untuk melepaskan pemilik baharu dan kenderaan daripada saman lepas.
“Untuk saman polis trafik, sepatutnya sama sebab undang-undang yang trafik PDRM kuatkuasakan juga adalah akta pengangkutan jalan,” ujar netizen cuba membantu individu berkenaan.
Baca: Budak meraung bila tahu diri anak pungut, pakcik lagi sakan menyakat