‘Dah KAFIR Dan Masuk Neraja Aje’- Baby Shima Saman PU Syed Dan Pemuda PAS Kuantan Jadi Isu Syurga Neraka Pula

Menerusi tangkap layar dari pengguna FB : Abdullah Munawwier, beliau memberi respon mengenai isu penyanyi seksi kontroversi yang ingin menyaman PU Syed dan Pemuda PAS Kuantan.

Abdullah yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan penyanyi tersebut terus menghukum melalui hantaran FB-nya dengan perkataan KAFIR dan NERAKA, malahan mendoakan yang terbaik buat PU Syed dan Pemuda PAS Kuantan.

May be a meme of 3 people, headscarf and text that says "19:28 Q Search Abdullah Munawwier 12h ® Baby Shima kali ni memang melebih dan melampau...selama selama orang tegur taknak dengar...memang dah kafir dan hanya neraka tempat selayaknya Siiru ala barokatillah buat PU Syed dan KP PAS Kuantan... See more malaysiakini terkini untuk anda mc SENI HIBURAN Baby Shima namakan PU Syed, pemuda PAS Kuantan dalam saman Nadia Azam Diterbitkan: Jul 2023 4:36 PM Dikemaskini: 4:36 PM Like Comment Share"

May be a Twitter screenshot of 1 person and text that says "19:26 Search Berdebat dengan orang yang bodoh Tak akan ada manfaatnya Yang Allah perintahkan adalah Berpaling dari orang yang bodoh. Allah vang artinya: ang orang yang bodoh." ırkata: maka jangan dijawab. adalah diam. jalan untuknya. mati dalam keadaan kesal." Abdullah Munawwier Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di atas bumimu. Add friend Message Works at Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd Studied at Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. (MIKK) Studied at Universiti Sultan Azlan Shah- USAS Lives in Larut, Perak, Malaysia From Taiping, Perak In a relationship"

Sebelum ini, Baby Shima dilaporkan memulakan langkah awal untuk menyaman Ketua Pemuda Pas Kuantan, Abd Rahman Mat Noor dan pendakwah bebas yang juga bekas peserta realiti televisyen, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak.

Peguam yang mewakili Baby Shima, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi berkata, pihaknya telah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap kedua-dua individu terbabit masing-masing di Mahkamah Tinggi Ipoh serta Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Baca : PANAS!!! : ‘Ustaz’ Kacau Baby Shima Mesej Minta Coli

Katanya, ia difailkan di atas kausa tindakan saman fitnah (defamation) dan kepalsuan berniat jahat (malicious falsehood).

“Setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Noor Azfar, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli tidak berhasrat untuk memberi komen lebih lanjut buat masa ini sebagai menghormati proses mahkamah serta pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.

“Pihak kami juga telah menerima arahan untuk mengambil tindakan dalam masa terdekat ini terhadap beberapa individu dan syarikat lain yang telah terlibat dalam menyalahgunakan nama anak guam kami bagi tujuan komersial.

“Anak guam kami merizabkan haknya untuk meneruskan apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat mengikut lunas undang-undang negara,” ujarnya.

Terdahulu, Baby Shima dituduh ‘menjual agama’ selepas namanya diumumkan sebagai artis undangan program Hari Bandaraya Mesra Komuniti di Kuantan, Pahang yang kebetulan berlangsung pada hari sambutan Israk dan Mikraj.

Abd Rahman mendakwa penyanyi dan pelakon terbabit ‘menjual agama’ kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.

PU Syed pula didakwa memfitnah Baby Shima dengan menuduh artis berkenaan tidak mengerti soal halal dan haram berhubung penganjuran sebuah konsert, serta boleh terjerumus menjadi golongan Ruwaibidhah.

Baca Selanjutnya :

Orang Melaka Pun Sayang Islam! 50,000 Orang Banjiri Dataran Sejarah Kerana Ustaz Abdul Somad

TAHNIAH!!! Kahwini Janda Anak 1, Cat Farish Akhiri Zaman Duda Contohi Shuib

‘Mati Hidup Kembali’ – Lelaki Kembali Ke Rumah Selepas 7 Bulan Ditanam Buat Satu Kampung Terperanjat!