Selepas kontroversi hangat mempersoalkan mengapa beliau keluar dari kumpulan legenda Search, ini respon yang diberikan penyanyi dari negara seberang Indonesia berkenaan apa yang terjadi.
Vokalis Kumpulan Search, Datuk Amy mendedahkan pengakuan vokalis ‘sementara’ Kid dan Din iaitu Denden Gonzales mendakwa dua beradik itu banyak bercerita buruk mengenainya, selain tidak bercakap benar.
Amy berkata, Denden mendakwa dia tidak tahu Amy sudah tidak bersama Din dan Kid lagi ketika kali pertama tiba di Malaysia.
“Setiap kali diajukan pertanyaan mengenai ketiadaan saya, mereka selalu beri alasan sehinggalah akhirnya mengaku saya sudah keluar band terbabit.
“Denden beritahu saya mereka kata saya sudah tua dan tak boleh menyanyi lagi. Disebabkan itu, Denden mengatakan pembabitannya sebagai vokalis kumpulan sebagai ‘terperangkap’ kerana menyangkakan dapat berkongsi pentas dengan saya.
“Ketika bersembang dengannya menerusi panggilan video tempoh hari, Denden juga beritahu sudah keluar daripada band itu,” dakwanya.
Amy ditemui pada majlis Jamuan Hari Raya Go Search International di Villa Zamara, Sungai Penchala, di ibu negara, baru-baru ini.
Sementara itu, Amy menafikan bakal bekerjasama dengan Denden dalam konsert yang bakal diumumkan, tidak lama lagi.
“Memang ada yang bertanya mengenai perkara ini, tapi kami tak bincang apa-apa lagi. Denden banyak meluahkan rasa kagumnya terhadap saya selaku vokalis Search.
“Malah, ketika Denden memuat naik gambar bersama saya di Instagram, Din terus menghubunginya.
“Saya ada beritahu kepada Denden apa yang dikongsikan ini pasti akan ditanya wartawan, namun Denden berpesan, teruskan sahaja jika saya berkongsi cerita benar,” jelas Amy.
Selepas berpecah, Search kini terbahagi dua iaitu dianggotai Amy, Nasir Daud (bes), Man Kidal (gitar) dan Hillary Ang (gitar) dan satu lagi dianggotai Din dan Kid.
Terdahulu, Amy berang dengan tindakan pemain gitar adik-beradik itu. Bukan sahaja mengeluarkan album Rockology Search: Kid’Din Collection tanpa pengetahuan band, malah turut mempersoalkan royalti album yang sepatutnya menjadi hak bersama.
Sehubungan itu, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 66, meminta penjelasan daripada Din dan Kid yang didakwa ‘membisu’ soal pengagihan royalti yang difahamkan sudah diterima.
Baca juga : Kid Din memang kaki putar belit